Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Mayat mangsa disambar buaya ditemukan 300 meter dari lokasi kejadian
  • KEMALANGAN

Mayat mangsa disambar buaya ditemukan 300 meter dari lokasi kejadian

Utusan Sarawak 10 hours ago

MAYAT mangsa dibawa naik ke darat dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Foto Bomba

KUCHING: Mayat seorang lelaki yang dikhuatiri dibaham buaya ketika memancing di tebing sungai berhampiran Jalan Matang menuju Kampung Paroh akhirnya ditemui pada 12.30 tengah hari, hari ini.

Mangsa, Jacob Tuan, 32, sebelum ini dilaporkan hilang malam tadi sekitar 10.00 malam ketika memancing, sebelum ahli keluarganya menghubungi pihak polis bagi memaklumkan kejadian.

Menurut Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya, PPgB Muhammad Fazly Ibrahim, mayat mangsa dijumpai dalam radius 300 meter dari lokasi kejadian oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) yang menjalankan pencarian menggunakan kaedah pencarian di permukaan air.

“Mayat mangsa berjaya dibawa naik ke darat dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Operasi SAR hari kedua digerakkan seawal 8.00 pagi dan ditamatkan sepenuhnya pada 1.52 petang setelah keadaan disahkan terkawal.

Pada malam kejadian, operasi awal berdepan kesukaran kerana lokasi terletak sekitar 200 meter dari jalan utama serta keadaan kawasan yang gelap dan dipenuhi semak samun.

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Lelaki dikhuatiri dibaham buaya ketika memancing di Sungai Matang
Next: Warga emas maut, kemalangan di Lebuh Raya Pan Borneo

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.