Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Klinik kesihatan RM16 juta bakal dibina di Simpang Layar, Betong
  • TEMPATAN

Klinik kesihatan RM16 juta bakal dibina di Simpang Layar, Betong

Utusan Sarawak 15 hours ago
DATUK Amar Douglas Uggah Embas (tengah) menyampaikan penghargaan kepada Ahli Parlimen Betong merangkap pengerusi Kelab Sukan dan Rekreasi Saribas, Datuk Dr. Richard Rapu, Turut kelihatan Datuk Patinggi Tan Sri Jabu (kanan). Foto ADUN Bukit Saban

KUCHING: Sebuah klinik kesihatan baharu bernilai RM16 juta akan dibina di kawasan Simpang Layar, Betong sebagai tambahan kepada projek-projek kesihatan lain yang sedang dirancang di daerah itu.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, klinik tersebut melengkapkan lagi kemudahan kesihatan sedia ada termasuk Klinik Kesihatan Spaoh bernilai RM36 juta dan Pusat Hemodialisis Spaoh berjumlah RM5 juta.

“Semua ini adalah hasil penubuhan Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) yang diumumkan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, dengan peruntukan pembangunan sebanyak RM15 bilion untuk kawasan ini,” katanya.

Menurut beliau, pelbagai projek berimpak tinggi telah dilaksanakan hasil penubuhan BDDA, termasuk projek jalan raya dari Sri Aman ke pekan Betong yang merupakan sebahagian daripada Jalan Utama Kedua Betong-Sri Aman.

“Projek jalan ini dijangka siap tahun depan dan akan memendekkan masa perjalanan antara kedua-dua bandar kepada sekitar 30 minit,” ujarnya.

Uggah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban berkata demikian ketika berucap pada Majlis Gawai Dayak anjuran Kelab Sukan dan Rekreasi Saribas di salah sebuah hotel di sini, malam tadi.

Dalam pada itu, beliau menegaskan komitmen kerajaan untuk terus memacu pertumbuhan ekonomi dan kecemerlangan pendididkan di Betong.

“Kita melihat pertanian moden sebagai hala tuju utama. Kita telah mengenal pasti kawasan seluas 404.686 hektar untuk pembangunan Taman Agro dan beberapa syarikat utama telah dikenal pasti untuk menerajui projek ini bersama pemilik tanah,” katanya.

Dalam aspek pendidikan, beliau berkata pelbagai program termasuk seminar dan kaunseling kerjaya akan diperkenalkan khusus untuk pelajar luar bandar.

“Dengan pengumuman pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan mulai tahun depan, cabaran utama adalah memastikan lebih ramai pelajar luar bandar dapat mengambil peluang ini.

“Kita mahu melahirkan lebih ramai profesional dalam bidang Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris seperti jurutera, akauntan, doktor dan lain-lain kerana ekonomi masa depan memerlukan tenaga mahir ini,” katanya.

Turut hadir, Ahli Parlimen Betong Datuk Dr Richard Rapu yang juga pengerusi kelab, Ahli Parlimen Selangau Edwin Banta dan ADUN Layar Datuk Gerald Rentap Jabu, bekas Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu dan bekas Ahli Parlimen Betong Datuk Robert Lawson Chuat.

Pada majlis tersebut, Uggah bersama Richard, Edwin dan Rentap turut mengumumkan geran berjumlah RM180,000 kepada kelab serta koperasi di kawasan itu.

Uggah turut menyampaikan penghargaan kepada Richard dan ahli kelab lain serta insentif kepada 26 pelajar cemerlang dari bahagian Betong.

Oleh Adi Safarman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Wilfred Yap presents RM10,000 grant to support Sarawak Deaf Community Service Association
Next: Pameran Tumbuhan serlah semangat kelestarian di The Spring Kuching

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.