Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Beri tumpuan serius terhadap pendidikan STEM – ADUN Meradong
  • PENDIDIKAN

Beri tumpuan serius terhadap pendidikan STEM – ADUN Meradong

Utusan Sarawak 20 hours ago
UNTUK ALBUM… Datuk Ding Kuong Hiing bergambar bersama Pengetua SMK Tong Hua, Law Sie Ngo (berdiri belakang, tengah) dan penerima insentif pelajar cemerlang SPM 2024 SMK Tong Hua.

BINTANGOR: Kerajaan Sarawak memberi tumpuan serius terhadap bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM), kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing. 

Justeru itu, beliau berharap agar semua pelajar mempertimbangkan untuk mengambil aliran sains dan menyertai bidang yang berkaitan dengan STEM. 

“Ini bukan sahaja membuka lebih banyak peluang kerjaya, tetapi juga seiring dengan keperluan semasa negara dan negeri.

“Mulai 2026, kerajaan Sarawak akan melaksanakan pendidikan tinggi secara percuma kepada anak-anak Sarawak dalam bidang seperti STEM, perubatan, kewangan, perakaunan dan undang-undang. 

“Ini satu peluang besar yang harus direbut oleh semua. Tambahan pula, bagi keluarga yang berpendapatan bulanan RM1,500 ke bawah, pelajar akan menerima elaun tahunan sebanyak RM15,000 untuk membantu kos sara hidup sepanjang tempoh pengajian,” katanya ketika berucap pada majlis penyerahan insentif pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tong Hua, baru-baru ini. 

Katanya, ia adalah bukti komitmen kerajaan Sarawak untuk membangunkan potensi anak-anak Sarawak. 

“Ekonomi Sarawak kini semakin stabil dan mampan. 

“Namun, pembangunan negeri ini memerlukan bakat muda yang berpendidikan, berilmu dan berwawasan. 

“Saya berharap agar semua generasi muda Sarawak menjadi sebahagian daripada pembangunan ini dan menyumbang kepada negeri Sarawak yang kita cintai,” katanya. 

Turut hadir Pengetua SMK Tong Hua, Law Sie Ngo; Wong Sung Sing selaku wakil Pengerusi Lembaga Pengurus SMK Tong Hua; Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Tong Hua, Soo Kwok Chiong dan Paderi Sekolah, Pastor Edwin Lai Kok Wei. 

Oleh Earl Anek 

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: ADUN Krian ucap tahniah, kejayaan STPM 2024 Kolej Tingkatan Enam Saratok
Next: Automatic matriculation policy must reflect true merit, not technical exclusions

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.