Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Niaga hadapan MSM dijangka diniagakan tidak berubah susulan kurangnya petunjuk baharu
  • BISNES

Niaga hadapan MSM dijangka diniagakan tidak berubah susulan kurangnya petunjuk baharu

Utusan Sarawak 16 hours ago

KUALA LUMPUR: Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan tidak berubah minggu depan berikutan kekurangan petunjuk pasaran baharu.

Peniaga minyak sawit David Ng berkata tiada sebarang faktor baharu yang kukuh untuk mendorong harga lebih tinggi atau rendah dengan lebih ketara.

“Tiada sebarang pemangkin utama buat masa ini untuk menggerakkan harga sama ada meningkat atau menurun. Oleh itu, kami menjangkakan pasaran kekal dalam jajaran kecil buat masa ini memandangkan peniaga menunggu petunjuk baharu.

“Harga dijangka diniagakan dalam lingkungan RM3,900 hingga RM4,100 satu tan,” katanya kepada Bernama

Bagi asas mingguan, kontrak Julai 2025 susut RM85 kepada RM3,986 satu tan manakala Ogos 2025 rendah RM102 kepada RM4,005 satu tan.

September 2025 pula menyusut RM107 kepada RM4,011 satu tan, Oktober 2025 berkurangan RM104 kepada RM4,011 satu tan, November 2025 rendah RM101 kepada RM4,017 satu tan dan Disember 2025 menyusut RM95 kepada RM4,031 satu tan.

Jumlah dagangan mingguan berkurangan kepada 267,618 lot daripada 401,206 lot pada minggu sebelumnya manakala kepentingan terbuka rendah kepada 224,560 kontrak daripada 231,757 kontrak.

Harga MSM fizikal bagi Julai Selatan susut RM100 kepada RM4,020 satu tan.– Bernama

Continue Reading

Previous: Bursa Malaysia diunjur diniagakan berhati-hati minggu depan
Next: ACCCIM gesa tangguh peluasan SST kepada Januari 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.