Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Ringgit dijangka mengukuh minggu depan menjelang pengumuman data kerja AS
  • BISNES

Ringgit dijangka mengukuh minggu depan menjelang pengumuman data kerja AS

Utusan Sarawak 10 hours ago

KUALA LUMPUR:   Ringgit dijangka menyaksikan urus niaga lebih mengukuh pada minggu depan, susulan jangkaan pengumuman data pasaran tenaga kerja Amerika Syarikat (AS), kata penganalisis.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pelabur akan menumpukan dua perkembangan utama — data Pekerjaan Bukan Perladangan (NFP) dan kadar pengangguran selain berakhirnya tempoh 90 hari penangguhan pelaksanaan tarif oleh AS.

“Data pasaran tenaga kerja itu penting dalam mempengaruhi jangkaan terhadap hala tuju dasar bank pusat iaitu Rizab Persekutuan AS, terutama berkaitan mandat dengan penekanan lebih ketara untuk beralih ke arah sokongan penggajian yang maksimum.

“Susulan petunjuk keadaan ekonomi global dan AS yang perlahan, sentimen pelabur dijangka kekal berhati-hati dalam tempoh memasuki separuh kedua 2025,” katanya kepada Bernama.

Mohd Afzanizam berkata pasaran kerja AS misalnya menyaksikan penyederhanaan dengan NFP purata bulanan pada 123,800 dalam lima bulan pertama 2025, susut daripada 179,600 bagi tempoh sama tahun lepas.

Selain itu, kadar pengangguran meningkat sedikit daripada 4.0 peratus pada Januari kepada 4.2 peratus sejak Mac tahun ini.

Bagi prestasi mata wang, beliau berkata ringgit menunjukkan ketahanan minggu ini dengan meningkat semula daripada 4.2948 berbanding dolar AS pada 23 Jun kepada 4.2327 pada 26 Jun yang memaparkan peningkatan sebanyak 1.5 peratus.

“Berikutan Indeks Dolar AS (DXY) berada pada trajektori lebih lemah, kami menjangkakan ringgit dapat diniagakan lebih kukuh sekitar 4.22 hingga 4.23 pada minggu depan,” katanya.

Ringgit mengakhiri urus niaga minggu ini pada paras 4.2300/2355 pada hari Khamis berbanding 4.2505/2565 pada Jumaat minggu lepas.

Unit tempatan itu turut diniagakan lebih rendah berbanding kumpulan mata wang utama.

Ringgit susut nilai berbanding yen Jepun kepada 2.9359/9399 daripada 2.9245/9289 pada Jumaat lepas, rendah berbanding pound Britain kepada 5.8141/8217 daripada 5.7356/7437 dan turun berbanding euro kepada 4.9597/9661 daripada 4.9000/9069 pada akhir minggu lepas.

Selain itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.

Berbanding dolar Singapura, ringgit mengukuh kepada 3.3192/3240 pada Khamis daripada 3.3088/3140 pada Jumaat lepas dan naik berbanding baht Thailand kepada 13.0254/0488 daripada 12.9727/9969.

Bagaimanapun, ringgit susut berbanding rupiah Indonesia kepada 260.9/261.4 semalam daripada 259.2/259.7 pada Jumaat lepas dan rendah berbanding peso Filipina kepada 7.47/7.49 daripada 7.43/7.45 sebelumnya.

Pasaran ditutup pada Jumaat sempena cuti umum Maal Hijrah.– Bernama

Continue Reading

Previous: Sarawak galak usahawan tempatan daftar Go Digital, manfaat bantuan
Next: Pasaran getah dijangka diniagakan tidak berubah minggu depan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.