
SARIKEI: Seekor ular sawa ditemui sedang ‘bersantai’ di dalam ruangan mesin penguli tepung di salah sebuah premis di Jalan Repok pada semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, Arrahman Chik, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar 8.34 pagi.
“Respons dengan panggilan kecemasan, tiga anggota bomba bergegas ke lokasi.
“Setibanya di lokasi, didapati seekor ular sawa berada di dalam ruangan mesin penguli tepung,” katanya ketika dihubungi.
Katanya, ular sawa ditangkap menggunakan alat penjerut ular.
“Ular sawa berjaya ditangkap dalam tempoh lebih kurang sembilan minit. Setelah ditangkap, ular sawa dilepaskan semula ke habitat asal. Khidmat khas menangkap ular selesai sepenuhnya pada 8.48 pagi,” katanya.
Oleh Earl Anek