Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • MOTAC terus laksana kempen kesedaran elak penipuan haji, umrah – KSU
  • SEMASA

MOTAC terus laksana kempen kesedaran elak penipuan haji, umrah – KSU

Utusan Sarawak 12 hours ago

TUMPAT:  Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan terus melaksanakan pelbagai kempen kesedaran bagi memastikan masyarakat tidak terperdaya dengan skim penipuan membabitkan urusan haji dan umrah.

Ketua Setiausaha MOTAC Datuk Shaharuddin Abu Sohot berkata urusan haji sebenarnya adalah di bawah bidang kuasa Tabung Haji, namun pihak MOTAC sentiasa bekerjasama dengan Tabung Haji untuk menangani isu penipuan haji yang semakin berleluasa.

“Bagi pihak MOTAC, kita akan melaksanakan kempen kesedaran kepada masyarakat supaya mereka tidak terperdaya dengan skim-skim penipuan ini, termasuklah bagi umrah. 

“Kita dapati perkara ini berlaku setiap tahun, maka kesedaran amat penting supaya masyarakat dapat mengenal pasti yang mana benar dan yang mana melakukan penipuan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Festival Citrawarna Siam Malaysia Negeri Kelantan 2025 di Wat Machimmaram di sini malam tadi.

Beliau turut memaklumkan bahawa MOTAC telah mengambil tindakan tegas terhadap beberapa syarikat yang terlibat dalam penipuan umrah dan haji.

“Kami telah membatalkan lesen beberapa syarikat dan ada juga yang kita gantung. MOTAC sentiasa mengambil tindakan tegas terhadap perkara ini supaya tidak terus berlaku pada masa akan datang,” katanya.– Bernama

Continue Reading

Previous: Tun Wan Junaidi selamat tiba di Kuala Lumpur untuk lawatan rasmi
Next: Jualan Rahmah bantu ringankan beban kos sara hidup rakyat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.