Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Tun Wan Junaidi selamat tiba di Kuala Lumpur untuk lawatan rasmi
  • SEMASA

Tun Wan Junaidi selamat tiba di Kuala Lumpur untuk lawatan rasmi

Utusan Sarawak 23 hours ago
TUN Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah bersama anaknya Sharifah Fariah selamat tiba di Skypark Terminal, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, pada 4.15 petang tadi. Foto Astana Negeri Sarawak

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi bersama anaknya Sharifah Fariah selamat tiba di Skypark Terminal, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, pada 4.15 petang tadi.

Ketibaan Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah disambut oleh Pegawai Perhubungan Sarawak, Awang Supian Awang Daud bersama pegawai Rumah Sarawak Kuala Lumpur dan pegawai-pegawai Astana Negeri Sarawak.

Kunjungan Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah adalah sempena menghadiri jemputan rasmi ke Majlis Pengisytiharan Universiti Putra Malaysia (UPM) Kampus Sarawak oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, selaku Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM).

Tun Wan Junaidi menzahirkan rasa syukur atas kelancaran perjalanan ini dan berharap agar segala urusan di ibu negara dipermudah serta diberkati oleh Allah SWT.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Sarawak bukan pentas ahli politik Semenanjung, buktikan keikhlasan melalui tindakan
Next: MOTAC terus laksana kempen kesedaran elak penipuan haji, umrah – KSU

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.