Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Sarawak galak usahawan tempatan daftar Go Digital, manfaat bantuan
  • BISNES

Sarawak galak usahawan tempatan daftar Go Digital, manfaat bantuan

Utusan Sarawak 24 hours ago
TIMBALAN Premier Sarawak bersama tetamu kehormat lain meninjau reruai usahawan tempatan yang menyertai SUS 2025. Foto: Carolyne Utih

BINTULU: Kerajaan Sarawak menggesa usahawan tempatan untuk mendaftar dengan agensi berkaitan bagi membolehkan mereka menerima pelbagai bentuk bantuan secara langsung dalam usaha meningkatkan pendapatan dan daya saing di pasaran antarabangsa.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata program seperti Go Digital yang disediakan bersama geran khas hanya dapat dimanfaatkan sepenuhnya sekiranya usahawan mengambil inisiatif untuk berdaftar.

“Ada yang telah mendaftar dan ada juga yang belum. Jadi, kita mahu mereka semua mendaftar supaya segala bantuan yang ada dapat disalurkan terus kepada mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Pameran Usahawan Sarawak (SUS) 2025 di Times Square Megamall Bintulu di sini, petang tadi.

DATUK Amar Awang Tengah Ali Hasan menyaksikan penyerahan dana bantuan keusahawanan kepada usahawan Bintulu.  Foto: Carolyne Utih

Tambahnya, kerajaan turut menyediakan kemudahan premis perniagaan melalui kerjasama dengan sektor swasta agar lebih ramai berpeluang menceburi bidang keusahawanan termasuk mereka yang kurang berkemampuan tetapi mempunyai minat untuk berniaga.

Program SUS 2025 yang berlangsung dari 26 hingga 29 Jun di Times Square Megamall Bintulu disertai seramai 40 usahawan tempatan melibatkan pelbagai produk seperti makanan, kesihatan dan kraf tangan.

Antara aktiviti yang dianjurkan termasuk jualan langsung melalui TikTok Shop, demonstrasi produk, Kursus Transformasi Keusahawanan Digital Kamek Digital, Kursus Sulaman Rantai, sesi pembentangan perniagaan dan padanan perniagaan bersama syarikat utama seperti AEON, Mydin, eMart dan Everise.

Pada majlis tersebut, Awang Tengah turut menyaksikan penyerahan dana bantuan keusahawanan berjumlah RM1.56 juta kepada usahawan dari Bintulu.

Menurutnya yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan, Kerajaan Sarawak melalui kementeriannya telah menyalurkan bantuan bernilai RM204 juta kepada lebih 41,800 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di seluruh negeri menerusi pelbagai program seperti Graduan ke Arah Keusahawanan (GERAK), Usahawan Teknikal dan Vokasional (USTEV), Skim Kredit Mikro Sarawak (SKMS), Skim Pinjaman Industri Kecil dan Sederhana (SPIKS) dan Program Pembangunan Kapasiti serta Promosi.

Dalam masa sama, katanya, Bintulu terus berkembang sebagai pusat pelaburan strategik menerusi kehadiran industri besar seperti petrokimia dan pemprosesan alga, selain pembangunan estet perindustrian yang menyokong pertumbuhan PKS.

“Mereka memerlukan industri sokongan untuk menyediakan logistik, perkhidmatan makanan dan pelbagai perkhidmatan lain. Kita mampu menawarkan dan mengendalikannya selagi kita mempunyai kesungguhan serta keupayaan,” ujarnya.

Oleh Carolyne Utih

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Epal, oren dikecualikan SST sebab tidak boleh dihasilkan di Malaysia
Next: Ringgit dijangka mengukuh minggu depan menjelang pengumuman data kerja AS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.