Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Naik taraf surau Kampung Pagan memasuki fasa akhir
  • WILAYAH

Naik taraf surau Kampung Pagan memasuki fasa akhir

Utusan Sarawak 1 day ago
ADUN Kalaka Gapor Ahmad yang mewakili ADUN Kalaka telah bersama agensi pelaksana projek RTP telah meninjau perkembangan terkini projek naik taraf prasarana Surau Kampung Pagan, hari ini. Foto ADUN Kalaka

SARATOK: Surau Kampung Pagan kini di fasa akhir kerja-kerja menaik taraf sebelum rumah ibadat tersebut dapat digunakan oleh penduduk setempat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata perkembangan terkini surau tersebut hanya menunggu penyambungan meter bekalan elektrik oleh pihak Sarawak Energy Berhad (SEB) bagi mendapatkan bekalan elektrik 24 jam.

Beliau berkata semua pendawaian elektrik yang di buat di surau tersebut telahpun siap sepenuhnya.

“Saya amat bersyukur beberapa surau yang dinaik taraf dan dibina baharu di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kalaka kini berjalan lancar, seperti surau Kampung Tanjung Tengah dan Surau Silaturrahim Kampung Masjid Saratok.

“Kesemua kerja-kerja menaik taraf surau berkenaan adalah menggunakan peruntukan Program Transformasi Luar Bandar (RTP),” katanya.

Dalam pada itu, Setiausaha Kehormat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Kalaka, Gapor Ahmad yang mewakili ADUN Kalaka telah bersama agensi pelaksana projek RTP iaitu Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Betong dan JKR Saratok serta Ketua Kampung Pagan, Sejali Ali Hassan telah meninjau perkembangan terkini projek naik taraf prasarana surau Kampung Pagan, hari ini.

Mohamad Duri menjelaskan Surau Kampung Pagan yang dibangunkan secara berfasa sebelum ini, terus dinaik taraf menggunakan peruntukan RTP.

Baru-baru ini juga katanya pihaknya telah turun padang mengadakan lawatan tapak bagi projek bina baharu pagar dan dataran kejat di surau Kampung Pagan yang diluluskan peruntukannya bernilai RM100,000.

“Usaha berterusan untuk menaik taraf surau berkenaan telah tercapai dengan kerjasama penduduk serta agensi kerajaan yang berusaha memastikan agar keselesaan jemaah yang datang menunaikan ibadah di surau itu kelak akan sentiasa diutamakan,” katanya.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Kerajaan GPS telah bertindak memakmurkan rakyatnya
Next: JAPEN medium penghubung maklumat dua hala antara kerajaan, rakyat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.