
LUBOK ANTU: Beberapa kawasan di Daerah Lubok Antu mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual bermula 10.00 pagi hari ini berikutan kerja-kerja baik pulih paip oleh pihak Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak.
Menurut kenyataan JBALB, gangguan itu melibatkan kawasan Nanga (Ng) Ukom, Musing, Tutong, Ng Jela, Jengin, Bertik, Angkaras, Teluas, Sempang serta kawasan-kawasan berdekatan.
Gangguan tersebut berpunca daripada kerja-kerja pembaikan paip jenis asbestos cement (AC) bersaiz lapan inci yang mengalami kebocoran di kawasan Bintong Ring Road, Lubok Antu.
Pihak JBALB memaklumkan bahawa kontraktor yang dilantik telah diarahkan segera menjalankan kerja pembaikan bagi meminimumkan tempoh gangguan dan memastikan bekalan air dapat dipulihkan secepat mungkin.
Sehubungan itu, penduduk yang terjejas dinasihatkan untuk menyimpan bekalan air secukupnya bagi keperluan harian sepanjang tempoh kerja dijalankan.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan JBALB Sarawak di talian 082-262211 atau melayari laman sesawang https://jbalb.sarawak.gov.my.