Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • JKR disaran guna teknologi moden dalam projek mega – Nanta
  • SEMASA

JKR disaran guna teknologi moden dalam projek mega – Nanta

Utusan Sarawak 1 day ago
MENTERI Kerja Raya Dato Sri Alexander Nanta Linggi berucap semasa menghadiri Majlis Ngiling Tikai Gawai Dayak 2025 di Kapit, semalam. Foto Facebook Alexander Nanta Linggi

KAPIT: Jabatan Kerja Raya (JKR) disarankan lebih giat menerapkan penggunaan teknologi moden seperti Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM) dan digital berkembar (twinning) dalam pelaksanaan projek mega seperti Projek Lebuh Raya Pan Borneo serta pembinaan jalan luar bandar.

Menteri Kerja Raya Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata penggunaan teknologi itu penting dalam memastikan kualiti, kecekapan dan kos pelaksanaan berada pada tahap optimum.

“Teknologi ini bukan lagi pilihan, sebaliknya satu keperluan. Saya menyeru supaya JKR Sarawak dan semua agensi berkaitan menjalin kerjasama erat dengan Kementerian Kerja Raya untuk melaksanakan projek perintis di Kapit,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ngiling Tikai Gawai Dayak 2025 Peringkat JKR Bahagian Kapit di sini malam tadi.

HADIR…Timbalan Premier Sarawak Dato Amar Douglas Uggah Embas (tengah). Turut kelihatan, Pengarah JKR Sarawak Cassidy Morris (duduk dua kanan).

Majlis julung kali anjuran JKR Bahagian Kapit itu dirasmikan oleh Timbalan Premier Sarawak Dato Amar Douglas Uggah Embas dan turut dihadiri Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang dan Adat Bumiputera) Datuk Jefferson Jamit Unyat, serta Pengarah JKR Sarawak Cassidy Morris.

Nanta yang juga Ahli Parlimen Kapit berkata pelaksanaan projek infrastruktur seharusnya dilaksanakan secara bersepadu dan inklusif melibatkan semua pihak, termasuk pihak berkuasa tempatan, komuniti dan kontraktor.

“Saya menggesa semua pihak dapat bekerjasama secara erat, memastikan penyampaian projek tidak tertangguh serta menyelesaikan sebarang isu teknikal dengan segera,” katanya.

Dalam pada itu, beliau memberi jaminan bahawa Kementerian Kerja Raya akan terus komited memperluas jaringan jalan persekutuan dan negeri, selain memastikan kerja penyelenggaraan dilaksanakan secara efisien dan berimpak tinggi.

“Kami akan menggunakan dana secara telus dan menyeluruh untuk manfaat jangka panjang rakyat luar bandar, khususnya di Kapit dan Sarawak,” katanya. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Dato Wee Hong Seng lakukan kunjungan hormat ke atas Datuk Bandar Rouen
Next: Jangan politikkan agama Islam untuk kepentingan peribadi, jaga kesucian agama

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.