Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Dato Wee Hong Seng lakukan kunjungan hormat ke atas Datuk Bandar Rouen
  • SEMASA

Dato Wee Hong Seng lakukan kunjungan hormat ke atas Datuk Bandar Rouen

Utusan Sarawak 1 day ago
MESRA… Dato Wee Hong Seng berbual mesra dengan Datuk Bandar Rouen, Nicolas Mayer-Rossignol semasa kunjungan hormat di Enghien-les-Bains, Perancis, sempena Persidangan Tahunan Ke-17 Rangkaian Bandar Kreatif UNESCO.

ENGHIEN LES BAINS, PERANCIS: Datuk Bandar Kuching Selatan, Datuk Wee Hong Seng, telah melakukan kunjungan hormat ke atas Datuk Bandar Rouen, Nicolas Mayer-Rossignol, di Enghien-les-Bains, Perancis sempena Persidangan Tahunan Ke-17 Rangkaian Bandar Kreatif UNESCO (UCCN).

Pertemuan tersebut menyaksikan kedua-dua pemimpin bandar yang diiktiraf sebagai Bandar Kreatif UNESCO dalam bidang Gastronomi sejak 2021, bertukar pandangan dan pengalaman mengenai pemerkasaan budaya makanan sebagai pemacu pembangunan bandar lestari.

Mereka turut membincangkan potensi kecerdasan buatan (AI) dalam memperkaya kreativiti, memelihara warisan makanan dan menyokong inovasi dasar berkaitan gastronomi.

Dalam pertemuan itu, kedua-dua pihak turut menyuarakan hasrat untuk meneroka penubuhan inisiatif Bandar Persahabatan Gastronomi Kuching–Rouen bagi memperkukuh kerjasama menerusi program bersama yang menggabungkan gastronomi, warisan budaya dan inovasi digital.

Turut hadir dalam kunjungan tersebut ialah wakil delegasi Kuching dan pegawai kanan Rouen Normandie Metropolitan Area.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Tun Wan Junaidi dan isteri zahir ucapan Salam Maal Hijrah 1447H
Next: JKR disaran guna teknologi moden dalam projek mega – Nanta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.