Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Projek SMK Tudan disambung semula, dijangka beroperasi Jun 2026
  • Utara
  • WILAYAH

Projek SMK Tudan disambung semula, dijangka beroperasi Jun 2026

Utusan Sarawak 11 hours ago
LAWAT… Dato Sri Lee Kim Shin ketika mengadakan lawatan kerja ke tapak projek SMK Tudan yang terbengkalai kini kembali dilaksanakan semula dan dijangka beroperasi pada Jun 2026.

MIRI: Projek pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tudan yang sebelum ini terbengkalai, kini kembali diteruskan dan dijangka siap sepenuhnya pada 27 Mac 2026, dengan sasaran pembukaan pada Jun 2026.

Tender baharu bagi projek ini telah dianugerahkan kepada kontraktor pada Mac lalu dengan kos keseluruhan RM11.47 juta.

Menteri Pengangkutan, Dato Sri Lee Kim Shin, berkata kerja pembinaan semula bermula secara rasmi pada 28 Mac lepas, dan perkembangan ini membawa harapan besar kepada ribuan pelajar dan ibu bapa di kawasan Permyjaya, Vista Perdana, Desa Senadin, Tudan Jaya, dan Lutong.

“Setakat ini, kemajuan fizikal projek telah mencapai 4.6 peratus, manakala kemajuan kewangan berada pada tahap 9.77 peratus, lebih awal daripada jadual asal,” katanya dalam satu sidang media semasa lawatan tapak bersama pegawai kanan Kementerian Pendidikan (KPM) dan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, semalam.

Dato Sri Lee Kim Shin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin, berkata ramai ibu bapa telah lama menantikan kemudahan ini, terutamanya memandangkan pesatnya pembangunan di kawasan terbabit.

“Hari ini kita melihat sinar harapan yang telah lama dinanti. SMK Tudan sangat penting bagi mengimbangi kepadatan pelajar di kawasan yang sedang berkembang pesat seperti Permyjaya dan Tudan,” jelas beliau.

SMK Tudan akan dibina dengan kapasiti menampung 1,260 pelajar, menempatkan 35 bilik darjah, dan akan beroperasi dalam satu sesi pagi Sahaja bagi menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif dan selesa.

Sekolah baharu ini juga dijangka dapat mengurangkan kepadatan pelajar di sekolah berhampiran seperti SMK Merbau, SMK Pujut, dan SMK Lutong, yang kini masing-masing menampung antara 2,800 hingga 3,000 pelajar.

Oleh Adum Liu

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Gangguan bekalan air berjadual di Sebuyau pada Sabtu ini
Next: Pembentukan bahagian baharu Lawas untuk mudahkan pentadbiran, bukan pisahkan daerah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.