Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Cukai perkhidmatan lapan peratus ke atas khidmat kewangan bermula 1 Julai
  • BISNES

Cukai perkhidmatan lapan peratus ke atas khidmat kewangan bermula 1 Julai

Utusan Sarawak 16 hours ago

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Bank-bank di Malaysia akan mula mengenakan cukai perkhidmatan sebanyak lapan peratus ke atas perkhidmatan kewangan tertentu yang dikenakan yuran dan komisen bermula 1 Julai ini.

Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM), bersama Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM) serta Persatuan Perbankan Pelaburan Malaysia (MIBA), dalam satu kenyataan bersama hari ini berkata pelaksanaan cukai itu akan dibuat secara berperingkat selaras dengan pewartaan dan garis panduan oleh Kementerian Kewangan dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Menurut kenyataan itu, pelaksanaan berkenaan adalah sebahagian daripada peluasan skop cukai perkhidmatan yang telah diwartakan baru-baru ini.

“Cukai perkhidmatan ini hanya dikenakan ke atas perkhidmatan kewangan tertentu yang melibatkan bayaran yuran dan komisen,” kata kenyataan itu.

Bagaimanapun, ketiga-tiga persatuan berkenaan memberi jaminan bahawa beberapa perkhidmatan asas kekal dikecualikan daripada cukai berkenaan.

“Sebagai contoh, caj berkaitan akaun simpanan dan semasa, termasuk untuk perkhidmatan asas kepada orang ramai, tidak akan dikenakan cukai, sama ada bagi perbankan konvensional mahupun Islam,” katanya lagi.

ABM, AIBIM dan MIBA turut menasihati pelanggan bank untuk merujuk kepada pengumuman rasmi daripada institusi perbankan masing-masing mengenai perincian pelaksanaan cukai perkhidmatan ini.

Kenyataan itu menjelaskan bahawa maklumat terperinci akan dikemas kini menerusi saluran rasmi bank bagi memastikan pelanggan dimaklumkan dengan tepat mengenai sebarang perubahan atau pengecualian yang berkenaan.

Pelaksanaan cukai ini dijangka memberi kesan kepada beberapa jenis perkhidmatan perbankan bukan asas seperti pemindahan dana rentas sempadan, transaksi pelaburan, pengeluaran laporan khas dan perkhidmatan nasihat tertentu.

Langkah ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk memperluas asas cukai negara tanpa membebankan rakyat berpendapatan rendah, selain menyokong matlamat konsolidasi fiskal jangka sederhana. – Bernama

Continue Reading

Previous: Kestabilan politik dan visi jangka panjang di Sarawak hasilkan pembangunan konsisten – CILT
Next: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.