Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Pengarah JKR sebuah negeri didakwa esok, kes rasuah projek penyenggaraan
  • NASIONAL

Pengarah JKR sebuah negeri didakwa esok, kes rasuah projek penyenggaraan

Utusan Sarawak 9 hours ago

PUTRAJAYA: Seorang pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) di sebuah negeri akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok berhubung kes rasuah membabitkan penerimaan wang suapan daripada beberapa kontraktor berkaitan projek penyenggaraan kerajaan.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya berkata siasatan mendapati pengarah berkenaan bersama beberapa pegawai lain dipercayai menerima wang sogokan daripada kontraktor sebagai balasan mendapatkan projek bernilai ratusan ribu ringgit.

“Siasatan dijalankan oleh Bahagian Operasi Khas SPRM, dan pihak pendakwaan akan mendakwa suspek utama mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan membabitkan lima pertuduhan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Ahmad Khusairi berkata hasil siasatan turut membawa kepada penyitaan dan pembekuan aset berjumlah RM6.13 juta membabitkan 79 akaun individu serta 16 akaun syarikat.

Antara aset yang telah dirampas termasuk kenderaan mewah, wang tunai dan beberapa hartanah yang dipercayai diperoleh hasil kegiatan rasuah.

Beliau menegaskan bahawa tindakan tegas akan terus diambil terhadap penjawat awam yang menyalahgunakan kedudukan untuk kepentingan peribadi, terutama dalam isu melibatkan integriti projek kerajaan.– BERNAMA

Continue Reading

Previous: Agong berkenan terima menghadap PM Anwar
Next: Caruman mandatori KWSP kepada pekerja asing bermula Oktober ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.