Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Didakwa tipu wang derma pesakit, pekerja pusat hemodialisis mengaku tidak bersalah
  • MAHKAMAH

Didakwa tipu wang derma pesakit, pekerja pusat hemodialisis mengaku tidak bersalah

Utusan Sarawak 10 hours ago
GAMBAR hiasan.

SIBU: Seorang pekerja pusat hemodialisis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menipu Ahli Parlimen Lanang membabitkan wang derma untuk pesakit hemodialisis sebanyak RM5,000.

Tertuduh yang berusia 37 tahun membuat pengakuan tidak bersalah setelah pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Oon Kork Chern.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh bebas dengan ikat jamin RM3,500 dengan dua penjamin yang mempunyai pendapatan tidak kurang RM2,000 sebulan.

Tertuduh juga diperintah melaporkan diri kepada pegawai penyiasat kes, Insepktor Mohd Yazid Robin setiap bulan bermula 1 Julai ini sehingga kes selesai. 

Selain itu, tertuduh juga dilarang mendekati mana-mana pihak yang kemungkinan akan dipanggil untuk menjadi saksi pihak pendakwa raya.

Dalam pada itu, Mahkamah turut menetapkan 21 Julai ini sebagai tarikh pengurusan kes. 

Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa menipu Alice Lau dengan memperdayakan Ahli Parlimen Lanang itu untuk menyerahkan wang tunai sebanyak RM5,000, sebagai derma untuk pesakit hemodialisis.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Pusat Khidmat Wakil Rakyat P.211 Lanang, Lorong Lanang 82 pada 2 Januari 2025.

Sehubungan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan yang dihukum di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Sabit kesalahan, boleh dipenjara tidak kurang setahun dan tidak lebih 10 tahun dan sebatan dan juga denda.  

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nuralisa Natasha Nazrulzam.

Oleh Akun Giman

Tags: mahkamah

Continue Reading

Previous: Siasatan kes Ismail Sabri selesai – SPRM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.