Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Ngiling Bidai lambang perpaduan, warisan adat komuniti Dayak
  • Selatan
  • WILAYAH

Ngiling Bidai lambang perpaduan, warisan adat komuniti Dayak

Utusan Sarawak 16 hours ago
Billy Sujang ketika berucap pada majlis Ngiling Bidai di Dewan Kampung Sebandi Hulu, hari ini. -Foto UKAS

LUNDU: Sambutan Ngiling Bidai bukan sekadar penutup musim Gawai, malah menjadi simbol perpaduan, semangat kekeluargaan serta kekuatan budaya komuniti Dayak, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar, Billy Sujang.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan majlis Ngiling Bidai di Dewan Kampung Sebandi Hulu, hari ini.

“Tahun ini, dengan tema ‘Ngemeranka Adat, Ngemansangka Sekula’, ia memperlihatkan bagaimana warisan adat dan pendidikan dijadikan asas memperkukuh jati diri anak-anak kita,” ujarnya.

Billy turut menekankan bahawa budaya dan pendidikan saling melengkapi, dengan sekolah bukan hanya sebagai tempat menimba ilmu tetapi juga medan memupuk nilai budaya, adat resam dan perpaduan antara kaum. -UKAS

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 11,417 hektar tanah NCR Katibas dikenal pasti untuk diukur ikut Akta Kanun Tanah
Next: ADUN Simunjan turun padang tinjau mangsa kebakaran di Kampung Senangeh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.