Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • UMUM
  • Kemajuan fizikal pakej 20 Lebuh Raya Pan Borneo Sabah rendah, hanya 1.6 peratus
  • UMUM

Kemajuan fizikal pakej 20 Lebuh Raya Pan Borneo Sabah rendah, hanya 1.6 peratus

Utusan Sarawak 19 hours ago

Lebuh Raya Pan Borneo Sabah

LAHAD DATU: Kemajuan fizikal Pakej 20, Lebuh Raya Pan Borneo Sabah di sini adalah rendah dengan hanya pada tahap 1.6 peratus walaupun pakej projek itu diluluskan melalui surat setuju terima (SST) sejak hampir lapan bulan lepas, kata Timbalan Ketua Menteri III Datuk Shahelmey Yahya.

Menteri Kerja Raya Sabah itu berkata kerja-kerja masih tertumpu kepada proses penilaian tanah dan rumah-rumah terlibat, yang kini giat dijalankan, sekali gus menjadi faktor utama menyumbang kepada kelewatan kerja fizikal di tapak.

Justeru, beliau telah mengarahkan kontraktor dan semua pihak terlibat supaya mengambil langkah proaktif memastikan proses pembangunan pakej itu dapat berjalan lancar serta cepat.

“Walaupun (pembangunan Pakej 20) masih mengikut jadual kontrak, peratusannya agak rendah,” katanya kepada pemberita selepas meninjau pembangunan Pakej 20, Lebuh Raya Pan Borneo Sabah di sini hari ini.

Pakej 20 projek itu merupakan sebahagian dari Lebuh Raya Pan Borneo Sabah Fasa 1B dengan tempoh pembinaan 36 hingga 48 bulan, melibatkan Jajaran South East antara Tawau ke Lahad Datu, yang keseluruhan melibatkan Pakej 16 hingga 20.

Shahelmey turut mengarahkan kontraktor mengenal pasti lokasi dalam jajaran Pakej 20 yang tidak terjejas dengan isu pengambilan tanah supaya kerja-kerja fizikal seperti pembersihan dan pembentukan jajaran diteruskan dengan kadar tuntas.

“Sekurang-kurangnya lebih satu kilometer kerja pembersihan dan pembentukan jajaran telah dimulakan, dan saya berharap kemajuan ini dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa,” katanya.

Beliau turut mengingatkan semua pihak termasuk Jabatan Kerja Raya, kontraktor dan pusat projek mengenal pasti lebih awal sebarang risiko yang boleh menjejaskan kelancaran projek supaya impaknya dapat diminimumkan dalam tempoh kontrak.

Pada masa sama, Shahelmy menekankan kepentingan aspek penyelenggaraan jalan sedia ada yang masih digunakan orang awam serta menyeru agar keselamatan dan pengurusan trafik diberi perhatian serius sepanjang tempoh pembinaan projek Lebuh Raya Pan Borneo.– BERNAMA

Continue Reading

Previous: Seorang lagi ADUN ditahan disyaki terbabit rasuah lesen cari gali di Sabah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.