Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEKNOLOGI
  • Penerapan AI mampu tegak keadilan berasaskan data, hukum syarak
  • TEKNOLOGI

Penerapan AI mampu tegak keadilan berasaskan data, hukum syarak

Utusan Sarawak 20 hours ago

Ketua Hakim Syarie Sarawak, Datuk Awang Suhaili Ledi ketika ditemui media.

KUCHING: Pendigitalan sistem kehakiman syariah menerusi penerapan kecerdasan buatan (AI) mampu memperkasakan keadilan Islam berasaskan data dan hukum syarak.

Ketua Hakim Syarie Sarawak, Datuk Awang Suhaili Ledi berkata pelaksanaan teknologi pintar seperti sistem I-Syariah bukan sahaja menjamin kecekapan pengurusan kes dan pentadbiran Mahkamah Syariah, malah memperkukuh integriti institusi kehakiman melalui sistem yang lebih telus, teratur dan responsif.

“Era digital menuntut perubahan daripada pendekatan konvensional kepada automasi perbicaraan, pangkalan data pintar dan integrasi AI dalam penghakiman. 

“Ini selari dengan maqasid syariah yang menekankan manfaat dan pencegahan mudarat,” katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen Syariah Kebangsaan Sarawak (KoSKeS) 2025 di Dewan Kompleks Islam Sarawak, di sini, hari ini.

Awang Suhaili berkata, misi utama Mahkamah Syariah adalah menegakkan keadilan dan dalam konteks kontemporari, matlamat itu perlu dicapai melalui sistem digital yang menyeluruh, efisien dan mudah diakses rakyat selaras aspirasi e-Kerajaan Sarawak.

KoSKeS 2025 yang diadakan sempena sambutan 70 tahun penubuhan Majlis Islam Sarawak (MIS), mengangkat tema ‘Revolusi Pendigitalan dalam Kehakiman Syariah Sarawak.’

Ia dianjurkan bersama MIS dan Sistem Maklumat Sarawak Sdn. Bhd. (SAINS), yang menghimpunkan kira-kira 500 peserta dari dalam dan luar negara termasuk Indonesia, Brunei dan Singapura.

Mengulas lanjut selepas majlis perasmian, Awang Suhaili berkata sistem I-Syariah yang dibangunkan selaras Dasar Ekonomi Digital Sarawak yang telah mempertingkat kecekapan pentadbiran kes melalui pemfailan, pendaftaran, prosiding dan pendengaran secara digital.

“Sebagai contoh, jika salah satu pihak berada di Lawas dan hakim berada di Kuching, kes tetap boleh diurus secara efektif menerusi persidangan video. Ini menjimatkan masa, kos perjalanan serta mempercepatkan penyelesaian kes,” jelasnya.

Katanya, antara komponen utama sistem tersebut ialah Sistem Pengurusan Mahkamah (CMS), Rakaman dan Transkripsi Mahkamah (CRT) serta penggunaan tandatangan digital dan pengecaman biometrik.

Menyentuh aspek integriti, beliau menegaskan sistem rekod digital mampu menyimpan maklumat dan keterangan mahkamah dengan tepat serta mengurangkan risiko manipulasi dokumen.

“Apa yang dihujahkan akan dirakam secara digital dan sedang diusahakan untuk ditukar kepada bentuk teks. Ini membantu hakim dan pegawai membuat rujukan serta penyediaan penghakiman dengan lebih efisien dan tepat,” katanya.

Beliau berkata isu pendigitalan kehakiman kini menjadi perbincangan serantau dan global. 

Justeru, penganjuran KoSKeS 2025 menjadi medan penting mengumpulkan golongan cendekiawan, pentadbir dan pengamal undang-undang syariah dari dalam dan luar negara bagi berkongsi pengetahuan dan amalan terbaik.

Oleh Shikin Mahmud

Continue Reading

Previous: M-FICORD, Sarawak Skills lancar Program SMART 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.