Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • SSLR Fasa Dua pacu pembangunan infrastruktur luar bandar di Limbang
  • Utara
  • WILAYAH

SSLR Fasa Dua pacu pembangunan infrastruktur luar bandar di Limbang

Utusan Sarawak 1 day ago
DALAM PERLAKSANAAN…Hasbi (lima kiri) dan yang lain pada lawatan kerja ke salah satu lokasi SSLR Fasa Dua di Ulu Limbang.  

LIMBANG: Pembangunan infrastruktur yang mampan dan efisien, khususnya di kawasan luar bandar, dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan sebaik sahaja Projek Rangkaian Jalan Raya Sarawak-Sabah (SSLR) Fasa Dua siap sepenuhnya.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah, menjelaskan bahawa projek tersebut turut berperanan mengubah taraf kehidupan masyarakat luar bandar melalui pelaksanaan prasarana jalan penghubung yang telah sekian lama dinantikan oleh penduduk.

“Pembinaan jaringan jalan strategik seperti SSLR Fasa Dua akan memberi impak besar kepada penduduk pedalaman.

“Apabila Projek SSLR Fasa 2 siap kelak, ia akan menyediakan akses jalan raya yang lebih baik serta menjimatkan masa perjalanan berbanding jalan berbatu kerikil atau laluan sungai sedia ada yang berisiko tinggi, khususnya pada musim hujan,” katanya semasa lawatan kerja ke tapak Projek SSLR Fasa 2 di sini, baru-baru ini.

Hasbi menjelaskan bahawa kawasan pedalaman Ulu Limbang mempunyai potensi besar untuk dimajukan dalam sektor pelancongan berdasarkan keindahan alam semula jadi serta kekayaan warisan etnik pelbagai kaum.

“Kawasan ini berpotensi untuk dibangunkan sebagai destinasi ekopelancongan, selaras dengan hala tuju pembangunan mampan negeri Sarawak,” katanya.

Projek Fasa Kedua itu melibatkan kos sebanyak RM7.2 bilion dan merupakan salah satu usaha penting untuk meningkatkan rangkaian jalan raya serta memperkukuh hubungan antara Sabah dan Sarawak.

Beliau memberitahu projek pembinaan Jalan Ulu Tubai ke Mentawai/Gunung Buda yang tertangguh sebelum ini juga akan diteruskan oleh kontraktor baharu.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: Empat pesilat Wilayah Limbang tamat kursus Wasit Juri Peraturan Baharu
Next: UPMKB terima kunjungan JTS Bintulu sempena lawatan Penanda Aras EKSA

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.