Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • SMK Marudi catat keputusan 100 peratus lulus STPM 2024
  • PENDIDIKAN

SMK Marudi catat keputusan 100 peratus lulus STPM 2024

Utusan Sarawak 22 hours ago
TAHNIAH…Pelajar SMK Marudi yang cemerlang dalam STPM 2024 bergambar kenangan bersama Pengetua sekolah berkenaan Mohd Effendi Panglima.

MARUDI: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Marudi mencatatkan keputusan 100 peratus lulus dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2024, dengan Gred Purata Sekolah (GPS) 2.68.

Pengetua SMK Marudi, Mohd Effendi Panglima berkata, pihak sekolah berjaya mengekalkan pencapaian cemerlang ini meskipun terdapat sedikit penurunan dalam GPS berbanding tahun sebelumnya.

“Keputusan tahun ini menunjukkan prestasi yang masih sangat baik dan kami bangga kerana semakin ramai pelajar mencapai keputusan cemerlang,” katanya.

Daripada 119 calon yang menduduki STPM 2024, seramai 38 pelajar memperoleh GPS 3.0 ke atas, menunjukkan peningkatan berbanding tahun lalu. Seramai 68 pelajar pula memperoleh GPS antara 2.0 hingga 2.99.

“Kami amat berbangga kerana seorang pelajar, Dennis Balan Paulos, berjaya memperoleh keputusan cemerlang 4A penuh dengan purata 4.0. Ini merupakan satu pencapaian yang membanggakan kerana setiap tahun, kami konsisten melahirkan sekurang-kurangnya seorang pelajar dengan keputusan A penuh,” ujarnya.

Mohd Effendi turut menzahirkan penghargaan kepada semua guru, ibu bapa serta pihak luar seperti Yayasan Sarawak dan MyTV yang telah membantu menjayakan pelbagai program kecemerlangan pelajar STPM sekolah tersebut.

“Kita akan terus berusaha mempertingkatkan pencapaian sekolah agar mencapai keputusan yang lebih cemerlang pada masa akan datang,” katanya.

Beliau juga berharap komuniti Marudi, Baram dan pihak luar terus memberikan sokongan dalam usaha melahirkan lebih ramai pelajar cemerlang dari sekolah berkenaan.

Oleh Jiku Juguong

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: STPM 2024 catat PNGK nasional 2.85, tertinggi dalam sejarah
Next: KPM tawar 300 biasiswa baharu kepada pelajar cemerlang STPM lanjut pengajian pendidikan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.