Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Menteri Australia tiba di Kuching, perkukuh hubungan dua hala
  • SEMASA

Menteri Australia tiba di Kuching, perkukuh hubungan dua hala

Utusan Sarawak 1 day ago
MENTERI Perdagangan, Perniagaan dan Hubungan Asia Wilayah Utara Australia, Robyn Cahill, tiba di Kuching hari ini bagi memulakan lawatan rasmi selama empat hari, di sini. -Foto UKAS

KUCHING: Menteri Perdagangan, Perniagaan dan Hubungan Asia Wilayah Utara Australia, Robyn Cahill, tiba di Kuching hari ini bagi memulakan lawatan rasmi selama empat hari, di sini.

Lawatan ini bertujuan memperkukuh hubungan dua hala antara Sarawak dan Wilayah Utara Australia, khususnya dalam bidang pelancongan, kebudayaan dan hubungan masyarakat.

Ia turut merangkumi usaha mempererat hubungan diplomatik serta pertukaran sosial antara kedua-dua wilayah.

Robyn memulakan lawatannya dengan mengunjungi Muzium Budaya Borneo (BCM) pada 11.00 pagi tadi, diiringi pegawai pengiring, Yasmin Khalid Nicholls. Beliau diberi taklimat mengenai koleksi sejarah dan budaya pelbagai etnik di Sarawak yang dipamerkan di muzium tersebut, termasuk artifak warisan serta pameran interaktif berkaitan masyarakat Dayak, Melayu, Melanau dan Cina.

Selain itu, beliau dijadual menghadiri pertemuan rasmi dengan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, di Wisma Sumber Alam pada tengah hari tadi. Pada sebelah malam, Robyn akan menghadiri majlis makan malam bersama Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Prof Dr Sim Kui Hian, di lokasi yang sama. –UKAS

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: KPDN tingkat kawalan di ICQS TebeduĀ 
Next: JKSS laksana Sistem I-Syariah guna AI

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.