Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Nahas FRU: Mahkamah keluar waran tangkap pemilik syarikat lori
  • MAHKAMAH

Nahas FRU: Mahkamah keluar waran tangkap pemilik syarikat lori

Utusan Sarawak 19 hours ago
MAHKAMAH Majistret di sini hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap pemilik syarikat lori yang terbabit dalam kemalangan dengan trak Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) hingga sembilan anggota maut pada 13 Mei lepas. Timbalan Pendakwa Raya Izzuddin Fakri Hamdan memfailkan permohonan perintah waran tangkap itu selepas individu terbabit gagal hadir ke mahkamah hari ini bagi menghadapi dua pertuduhan di bawah Seksyen 57 dan Seksyen 58 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010. Majistret Naidatul Athirah Azman membenarkan permohonan itu dan menetapkan 29 Julai untuk sebutan waran tangkap berkenaan. Foto BERNAMA

TELUK INTAN:  Mahkamah Majistret di sini hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap pemilik syarikat lori yang terbabit dalam kemalangan dengan trak Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) hingga sembilan anggota maut pada 13 Mei lepas.

Timbalan Pendakwa Raya Izzuddin Fakri Hamdan memfailkan permohonan perintah waran tangkap itu selepas individu terbabit gagal hadir ke mahkamah hari ini bagi menghadapi dua pertuduhan di bawah Seksyen 57 dan Seksyen 58 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.

Majistret Naidatul Athirah Azman membenarkan permohonan itu dan menetapkan 29 Julai untuk sebutan waran tangkap berkenaan. 

Difahamkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga telah menghantar notis saman kepada pemilik syarikat tersebut untuk hadir ke mahkamah bagi prosiding pendakwaan hari ini.

Pada 30 Mei lepas, Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) memaklumkan pihaknya telah membatalkan lesen pengendali syarikat lori yang membawa muatan batu kerikil itu berkuat kuasa 29 Mei 2025.

Syarikat pengendali lori itu didapati gagal mematuhi keperluan Kod Amalan Keselamatan Industri (ICOP), gagal memastikan Sistem Kedudukan Sejagat (GPS) berfungsi dan telah tamat tempoh selain didapati membawa muatan menyalahi jenis barang ditetapkan dalam permit kenderaan.

Dalam kejadian 8.54 pagi itu, sembilan anggota FRU Unit 5 yang berpangkalan di Sungai Senam, Ipoh maut selepas trak yang mereka naiki berlanggar dengan lori muatan batu kerikil. — Bernama

Continue Reading

Previous: Keputusan rayuan Syed Saddiq diketahui esok
Next: Suspek wanita kes dadah RM8.5 juta dibebaskan dengan jaminan polis

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.