Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Pecah rumah, lelaki 23 tahun dihukum penjara 14 bulan
  • MAHKAMAH

Pecah rumah, lelaki 23 tahun dihukum penjara 14 bulan

Utusan Sarawak 17 hours ago
GAMBAR hiasan.

SIBU: Mahkamah Majistret di sini semalam telah menjatuhkan hukuman penjara selama 14 bulan terhadap seorang lelaki berusia 23 tahun kerana melakukan pecah rumah dengan niat untuk mencuri.

Majistret Oon Kork Chern mensabitkan Simon Brown dari kem tentera Mile 14, Jalan Oya di sini selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan yang dipinda di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Dia melakukan kesalahan tersebut pada 9 Jun sekitar 2.28 pagi di sebuah rumah di Lorong Kemuyang 5F di sini.

Menurut fakta kes, pengadu tiba di rumahnya pada 9 Jun sekitar 6.00 petang apabila dia mendapati pagar antara unitnya dan jiran telah dipotong dan tingkap tidak berkunci.

Setelah memeriksa di dalam rumah, dia mendapati salah satu bilik berada dalam keadaan berselerak dan sebuah komputer riba serta tiga telefon pintar telah hilang dipercayai dicuri. Anggaran jumlah kerugian adalah sebanyak RM3,700.

Pihak polis telah merampas sebuah komputer riba dan tiga telefon pintar daripada tertuduh ketika menangkapnya pada hari yang sama.

Siasatan mendedahkan Simon telah dirakam melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar rumah jiran pengadu.

Pengadu juga berjaya mengenal pasti komputer riba dan salah satu telefon pintarnya antara barangan yang dirampas daripada tertuduh.

Pendakwaan dikendalikan oleh ASP Siti Mariyah Dahari manakala tertuduh tidak diwakili oleh peguam.

Oleh Tarani Lanting

Tags: mahkamah

Continue Reading

Previous: Mahkamah perintah reman lanjutan terhadap pasangan dalang sindiket dadah
Next: Keputusan rayuan Syed Saddiq diketahui esok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.