Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Regata Benak Batang Lupar 2025, tawar hadiah RM135,560 keseluruhan
  • TEMPATAN

Regata Benak Batang Lupar 2025, tawar hadiah RM135,560 keseluruhan

Utusan Sarawak 15 hours ago
REGATA Benak Batang Lupar 2025 berlangsung pada 19 hingga 21 September tahun ini. Foto Pejabat Residen Sri Aman

SIMANGGANG: Regata Benak Batang Lupar 2025 yang bakal berlangsung dari 19 hingga 21 September nanti menyediakan jumlah hadiah keseluruhan mencecah RM135,560.

Menurut jurucakap penganjur, antara ganjaran utama ialah hadiah wang tunai RM25,000 bagi pemenang gelaran ‘Raja Sungai’ Regata Benak Batang Lupar 2025.

“Sebanyak RM135,560 diperuntukkan untuk perlumbaan perahu pada bersempena penganjuran Regata Benak Batang Lupar pada tahun ini termasuk perebutan hadiah utama iaitu ‘Raja Sungai’ yang berjumlah RM25,000 dan kategori lain yang dipertandingkan,” katanya.

Antara kategori perlumbaan yang akan berlangsung termasuk kayuhan Bidar 10, 15, 20, 25 dan 30 pekayuh, acara pecut 15, 20, 25 dan 30 pekayuh, perlumbaan Unlimited Marathon dan lumba benak serta turut diadakan iaitu perlumbaan bagi kategori wanita dengan lima pekayuh.

Tarikh penjualan borang penyertaan Regata Benak Batang Lupar 2025 akan bermula pada 17 Ogos nanti serta penjualan borang manual boleh juga didapati di Pejabat Daerah Sri Aman atau menghubungi pihak penganjur di talian 010-8226004 (Awang Irwandy Awang Yaman).

Terdahulu, Residen Bahagian Sri Aman, Mahra Salleh memberitahu penganjuran Pesta Benak yang bakal memasuki edisi ke-22 pada tahun ini bakal berwajah baharu menerusi pelbagai penambah baikan strategik yang dirancang bagi meningkatkan impak penganjurannya.

Beliau berkata tarikh penganjuran yang dipilih itu adalah berdasarkan faktor air sungai pasang surut dan benak di Batang Lupar serta bagi mengelakkan pertindihan dengan acara kerajaan negeri seperti Sarawak Regata.

“Antara penambahbaikan utama yang dibincangkan termasuk penyusunan semula tapak gerai secara berkluster mengikut kategori makanan halal, bukan halal, kraf tangan dan korporat serta cadangan menempatkan pentas utama di lokasi strategik yang tidak mengganggu pergerakan pengunjung.

“Isu kebersihan turut diberi perhatian, termasuk keperluan menambah tong sampah, menyediakan tandas mudah alih yang mencukupi dan menjadualkan kerja pembersihan secara lebih sistematik. Keutamaan juga akan diberikan kepada penyertaan pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS) tempatan.

“Dalam usaha meningkatkan promosi dan memudahkan pelawat mendapatkan maklumat, satu laman sesawang rasmi dan aplikasi mudah alih Pesta Benak akan dibangunkan. Platform digital ini akan menyediakan fungsi pendaftaran, panduan lokasi dan siaran langsung acara secara dalam talian,” jelasnya.

Oleh Adi Safarman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Bintulu tuan rumah sambutan Ma’al Hijrah peringkat Sarawak 26 Jun ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.