Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Imigresen gempur pusat hiburan di Niah, 29 warga asing dicekup
  • JENAYAH

Imigresen gempur pusat hiburan di Niah, 29 warga asing dicekup

Utusan Sarawak 11 hours ago

DITAHAN...Antara individu yang ditahan dalam operasi Ops Gegar yang dijalankan oleh Imigresen di sebuah pusat hiburan di kawasan Niah, Miri, semalam.

MIRI: Seramai 29 individu warga asing ditahan dalam operasi Ops Gegar yang dijalankan oleh Pasukan Tindakan Khas (PTK) Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak di sebuah pusat hiburan di kawasan Niah dekat sini, semalam.

JIM Sarawak menerusi hantaran di Facebook menyatakan operasi yang melibatkan seramai 11 pegawai, bertujuan membanteras aktiviti yang menyalahi undang-undang, terutamanya melibatkan pekerja asing tanpa permit sah.

“Dalam serbuan tersebut, seramai 64 individu telah diperiksa secara keseluruhan, membawa kepada penahanan 29 orang yang disyaki melakukan pelbagai kesalahan.

“Mereka yang ditahan terdiri daripada 19 lelaki dan 10 wanita,” katanya.

Kesemua individu yang ditahan kini disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-peraturan Imigresen atas pelbagai kesalahan termasuk penggajian pekerja asing tanpa dokumen sah dan salah guna permit.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Man arrested in Bau for possession of syabu and Erimin 5 pills

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.