Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Pesawat TUDM alami masalah teknikal mendarat di LTAK
  • SEMASA

Pesawat TUDM alami masalah teknikal mendarat di LTAK

Utusan Sarawak 20 hours ago
Siaran media insiden kemalangan pesawat TUDM di LTAK. Foto TUDM

KUCHING: Sebuah pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) jenis CN235-220M dari No 1 Skuadron Pangkalan Udara Kuching dilaporkan terlibat dalam insiden semasa melakukan pendaratan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) sekitar 11.15 pagi tadi.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Bahagian Perhubungan Awam Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), pesawat berkenaan baru sahaja selesai melaksanakan tugasan penerbangan logistik yang melibatkan penerbangan dari Labuan dan Kota Kinabalu ke Kuching. 

Namun, ketika sedang melakukan pendaratan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, pesawat tersebut telah mengalami masalah teknikal pada bahagian ‘nose landing gear’, iaitu gear pendaratan hadapan yang tidak berfungsi dengan sempurna, sekali gus menyebabkan insiden kemalangan semasa proses pendaratan.

Bagaimanapun, kesemua anak kapal dan penumpang dilaporkan selamat tanpa mengalami sebarang kecederaan.

TUDM memaklumkan bahawa satu lembaga siasatan akan ditubuhkan bagi mengenal pasti punca sebenar insiden tersebut.

Oleh Amanda L

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Yayasan Inovasi Malaysia lancar Ruang Daya Cipta Miri hari ini
Next: TIC Bintulu berpotensi sumbang RM12 bilion kepada KDNK – PM Anwar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.