Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • UMUM
  • Seorang lagi ADUN ditahan disyaki terbabit rasuah lesen cari gali di Sabah
  • UMUM

Seorang lagi ADUN ditahan disyaki terbabit rasuah lesen cari gali di Sabah

Utusan Sarawak 3 weeks ago

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah kerana disyaki meminta dan menerima wang rasuah berjumlah kira-kira RM150,000 membabitkan isu pengeluaran lesen cari gali di negeri itu.

Menurut sumber, lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan 9.30 pagi tadi ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Sabah.

“Suspek yang juga merangkap pembantu menteri dipercayai melakukan perbuatan tersebut sekitar tahun 2023 dan 2024.

“Siasatan juga mendapati suspek disyaki telah meminta dan menerima rasuah bernilai kira-kira RM150,000 daripada seorang individu berpangkat Datuk kononnya untuk membantu menguruskan permohonan lesen cari gali di negeri ini (Sabah),” katanya.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009.

Beliau berkata suspek telah dilepaskan selepas keterangan diambil dengan jaminan SPRM RM50,000 dengan seorang penjamin dan akan didakwa dalam masa terdekat.

Pada 18 Jun lepas SPRM dilaporkan telah menahan masing-masing seorang ahli perniagaan dan seorang ADUN bergelar ‘Datuk’ kerana disyaki meminta dan menerima suapan membabitkan isu sama.

Kedua-dua mereka dilepaskan dengan jaminan RM100,000 dan RM50,000 selepas memberi keterangan.

— BERNAMA

Continue Reading

Previous: Lebih banyak Tamu Desa dibina di Sabah, Sarawak tahun ini 
Next: Kemajuan fizikal pakej 20 Lebuh Raya Pan Borneo Sabah rendah, hanya 1.6 peratus

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.