Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Rodiyah tegas komitmen bina infrastruktur Kampung Sungai Buluh, sokong warisan budaya Iban
  • Selatan
  • WILAYAH

Rodiyah tegas komitmen bina infrastruktur Kampung Sungai Buluh, sokong warisan budaya Iban

Utusan Sarawak 1 day ago
RODIYAH Sapiee semasa berucap sempena majlis Ngiling Kelaya Gawai Dayak di Kampung Sungai Buluh, semalam. -Foto UKAS

SADONG JAYA: Ahli Parlimen Batang Sadong, Rodiyah Sapiee, menegaskan komitmen berterusannya dalam menyokong pembangunan infrastruktur dan kesejahteraan masyarakat luar bandar, khususnya di Kampung Sungai Buluh.

Berucap sempena majlis Ngiling Kelaya Gawai Dayak di kampung tersebut semalam, beliau memaklumkan bahawa permohonan bagi projek pembinaan baharu Jalan Kebun Kampung Sungai Buluh telah dihantar kepada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

“Lawatan tapak telah dibuat pada Februari lalu dengan anggaran kos sekitar RM700,000. Saya amat berharap agar projek ini dapat dipertimbangkan demi kemudahan penduduk,” katanya.

Mengulas lanjut, Rodiyah turut menyentuh permohonan bagi projek tempat letak kenderaan di kampung berkenaan yang menurutnya telah diambil maklum dan akan dilaksanakan bergantung kepada baki peruntukan sedia ada.

“Sekiranya terdapat lebihan daripada projek lain, kita cuba laksanakan tahun ini. Jika tidak, ia akan dimasukkan dalam perancangan RTP tahun hadapan,” jelasnya.

Beliau turut memberi jaminan bahawa permohonan projek berskala lebih besar akan dikemukakan bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris, kepada agensi-agensi berkaitan.

“Kerjasama erat antara saya dan Awla akan diteruskan bagi memastikan pembangunan infrastruktur asas disalurkan secara menyeluruh. Kami juga terbuka membantu pelaksanaan projek kecil sekiranya dana mencukupi,” tambahnya.

Dalam pada itu, Rodiyah menyifatkan penganjuran majlis seperti Ngiling Kelaya sebagai platform penting dalam menyuburkan semangat perpaduan dan kerjasama dalam kalangan masyarakat.

“Program sebegini merapatkan jurang dan mengelakkan perselisihan faham. Inilah yang paling penting kita bersatu hati,” ujarnya.

Sementara itu, ADUN Simunjan, Awla Dris, turut berkongsi mengenai asal-usul perkataan ‘Kelaya’, yang menurutnya berasal daripada bahasa Iban lama dan merujuk kepada tikar.

“Perkataan ini jarang digunakan hari ini, namun ia adalah warisan budaya yang wajar kita hidupkan semula. Generasi muda perlu tahu makna ‘Kelaya’ kerana ia sebahagian daripada identiti kita,” katanya.

Majlis dimeriahkan dengan pelbagai persembahan kebudayaan Iban seperti pukulan gendang pampat, tarian ngajat dan seni bela diri kuntau. Antara acara kemuncak ialah upacara tradisional seperti ‘Biau’ atau ‘Miring’, ‘Ngetas Ranyai’ dan ‘Menggulung Kelaya’ yang turut disertai oleh Rodiyah dan Awla.

Turut hadir isteri ADUN Simunjan, Napsiah Abang Kaderi, Pegawai Penerangan Daerah Simunjan, Mohammad Subuh Jamali, wakil Pejabat Daerah Kecil Sadong Jaya, Amelia Batin, Penghulu Pawi Sidi serta Tuai Rumah Kampung Sungai Buluh, Sili Bunsi. -UKAS

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Empat projek infrastruktur Tasik Biru tingkat kemudahan luar bandar
Next: RM1.94 juta diperuntuk tingkat kecekapan trafik Bintulu, fasa pertama siap

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.