
PETRA JAYA: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang di Masjid Jamek, di sini, hari ini.
Ketibaan beliau dan isteri sekitar 12.15 tengah hari tadi disambut dengan suasana penuh hiba dan hormat oleh ahli keluarga serta kenamaan yang hadir.
Allahyarhamah Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang menghembuskan nafas terakhir pada 3.34 pagi tadi di Pusat Perubatan Normah pada usia 76 tahun.
Turut hadir Menteri Kabinet Sarawak, ketua-ketua jabatan, pemimpin komuniti, kenalan rapat serta orang awam daripada pelbagai lapisan masyarakat yang memberikan penghormatan terakhir buat figura wanita yang amat dihormati itu.
Jenazah Allahyarhamah kemudiannya dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Samariang untuk disemadikan.
-UKAS