Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • STU terus komited perjuang kebajikan guru Sarawak, warga pendidik disaran kekal proaktif
  • PENDIDIKAN

STU terus komited perjuang kebajikan guru Sarawak, warga pendidik disaran kekal proaktif

Utusan Sarawak 3 weeks ago
BARISAN Ahli Jawatankuasa STU Bahagian Bintulu sesi 2025–2028 merakam gambar kenangan selepas Mesyuarat Agung Tahunan STU Bahagian Bintulu Kali Ke-22 di sebuah hotel di Bintulu, baru-baru ini.

BINTULU: Kesatuan Guru Sarawak (STU) terus komited dalam memperjuangkan hak dan kebajikan guru di negeri ini menerusi pelbagai usaha dan rundingan bersama kerajaan, termasuk pemerkasaan skim perkhidmatan pendidikan.

Presiden STU, Kullin Djayang berkata, STU merupakan sebuah kesatuan yang besar, disegani dan kekal relevan dalam memperjuangkan kebajikan serta pembangunan profesionalisme warga pendidik di Sarawak.

“Kita harus berbangga memiliki sebuah kesatuan yang bersuara lantang dan mampu memperjuangkan isu-isu penting seperti gaji, elaun, kenaikan pangkat serta kemudahan persaraan.

“Skim DG merupakan antara skim terbaik dalam perkhidmatan awam, dan kerajaan terus memberi perhatian terhadap skim ini melalui pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA),” katanya dalam teks amanat yang dibacakan oleh Wakil Presiden STU Zon Utara, Christopher Tawi Tibin sempena Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) STU Bahagian Bintulu Kali Ke-22 di sebuah hotel di sini, baru-baru ini.

Tambah beliau, kenaikan gaji sebanyak lapan peratus bermula Disember 2024 dan tujuh peratus lagi pada Januari 2026 mencerminkan keberkesanan peranan kesatuan dalam memperjuangkan hak guru.

Beliau turut menyentuh mengenai skim kenaikan pangkat TBBK 8863 yang masih dikekalkan sebagai bukti keprihatinan kerajaan hasil rundingan bersama kesatuan.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan warga pendidik agar sentiasa menjalankan tugas dengan semangat tinggi, sikap proaktif dan mengutamakan kemenjadian murid.

“Kita juga perlu menjaga kesihatan fizikal dan mental. Cergas tubuh dan cerdas pemikiran adalah asas kepada sistem pendidikan negara yang mampan,” tegasnya.

Sementara itu, Pengerusi STU Bahagian Bintulu sesi 2023–2025, Ellya Ahmad berkata, mesyuarat agung merupakan platform penting untuk menyemak laporan tahunan, membincangkan isu kebajikan ahli serta merangka halatuju kesatuan pada masa hadapan.

“Mesyuarat ini menjadi ruang demokrasi untuk menyuarakan pandangan, mencadangkan penambahbaikan dan memperkukuh kesatuan yang kita cintai,” katanya.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada barisan AJK sesi 2023–2025 serta mengucapkan tahniah kepada AJK baharu sesi 2025–2028 yang bakal meneruskan perjuangan kesatuan.

Oleh Carolyne Utih

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Kerajaan komited sokong peranan guru melalui pelbagai inisiatif
Next: Perkukuh peranan anak Sarawak di menara gading

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.