Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • 572 rekod kes dera kanak-kanak di Sarawak, masyarakat diminta lebih peka
  • SEMASA

572 rekod kes dera kanak-kanak di Sarawak, masyarakat diminta lebih peka

Utusan Sarawak 10 hours ago
MENTERI Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Nancy Shukri merakamkan gambar kenangan bersama yang lain pada Program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak: Kasih Kanak-Kanak peringkat Bahagian Samarahan 2025 di Dewan Serbaguna Pavilion, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) hari ini. Foto: Amanda L dan Adele Rissa

KOTA SAMARAHAN: Sebanyak 572 kes penderaan dan pengabaian kanak-kanak telah direkodkan di Sarawak dari Januari hingga Jun tahun ini dengan 45 kes daripadanya berlaku di Bahagian Samarahan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Nancy Shukri berkata angka tersebut bukan sekadar statistik sebaliknya mewakili realiti getir yang dihadapi segelintir anak-anak yang memerlukan perhatian serta perlindungan segera daripada masyarakat.

“Setiap satu angka ini mewakili seorang kanak-kanak yang sedang bergelut dengan penderitaan. Kita tidak boleh membiarkan mereka terus terperangkap dalam keadaan sedemikian,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak: Kasih Kanak-Kanak peringkat Bahagian Samarahan 2025 di Dewan Serbaguna Pavilion, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) hari ini.

Menurut Nancy, program Kasih bukan sekadar simbolik tetapi merupakan sebuah platform penting untuk mengetengahkan hak kanak-kanak agar mereka dapat membesar dalam suasana yang sihat dan menyokong sama ada di rumah, sekolah mahupun di mana sahaja mereka berada.

Sejak dilaksanakan pada 2024, program tersebut telah melibatkan lebih 5,500 peserta daripada 25 buah sekolah di seluruh Sarawak termasuk 400 murid dari Sekolah Kebangsaan (SK) Muara Tuang dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Samarahan.

“Melihat kepada kesan positifnya, tahun ini kita akan menggandakan usaha dengan menyasarkan 300 buah sekolah lagi di seluruh negara. 

“Seperti yang saya umumkan semasa Program Raikan Keceriaan Keluarga di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, ini bukan sekadar projek kementerian tetapi satu gerakan nasional yang memerlukan penyertaan semua pihak,” katanya.

Selain itu, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) juga akan memperluaskan pelaksanaan 30 buah Pusat Aktiviti Kanak-Kanak (PAKK) di seluruh negara bagi menyediakan ruang selamat, mesra dan kondusif untuk kanak-kanak bermain, belajar serta berkembang secara holistik.

Beliau turut menekankan bahawa ancaman terhadap kanak-kanak masa kini semakin kompleks seiring perkembangan dunia digital yang menyaksikan peningkatan kes buli siber, eksploitasi atas talian dan pengabaian emosi.

“Justeru, saya ingin menggesa kepada seluruh masyarakat agar sentiasa peka dan tidak teragak-agak untuk melaporkan sebarang situasi mencurigakan melalui talian kasih 15999 atau WhatsApp 019-2615999,” tegasnya.

Oleh Amanda L dan Adele Rissa

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Raptai penuh Majlis Makan Malam Gawai Dayak 2025 berjalan lancar
Next: Gajah Borneo bukan gajah ‘Pygmy’ yang wujud pada zaman ais

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.