Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Polis buru tahanan reman kes rogol larikan diri dari Balai Polis Sentral
  • JENAYAH

Polis buru tahanan reman kes rogol larikan diri dari Balai Polis Sentral

Utusan Sarawak 10 hours ago
DIBURU……Polis sedang memburu tahanan lelaki warganegara Indonesia yang melarikan diri di Balai Polis Sentral, petang semalam. -Foto IPD Sibu
 

SIBU: Polis sedang giat memburu seorang tahanan yang melarikan diri dari jagaan sah di bawah undang-undang di Balai Polis Sentral Sibu, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili, berkata individu terbabit masih dalam tempoh reman bagi siasatan kes rogol mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan.

“Tahanan masih memakai baju dan seluar lokap polis berwarna ungu serta masih bergari semasa melarikan diri di Balai Polis Sentral,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Tegasnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 223/224 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya sekali.

 “Satu Operasi Kesan telah dilancarkan sekitar 4.00 petang semalam, melibatkan semua elemen polis untuk mengesan dan menahan semula suspek,” katanya.

Polis turut meminta orang awam yang mempunyai maklumat mengenai suspek agar menghubungi ASP Mingat Bakil di talian 084-344111 atau 019-8867978 atau hadir ke balai polis berdekatan.

Oleh Akun Giman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Empat lelaki ditahan, kes samun berkumpulan di Miri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.