Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Raptai penuh Majlis Makan Malam Gawai Dayak 2025 berjalan lancar
  • SEMASA

Raptai penuh Majlis Makan Malam Gawai Dayak 2025 berjalan lancar

Utusan Sarawak 17 hours ago
RAPTAI penuh bagi Majlis Makan Malam sambutan Gawai Dayak peringkat Sarawak 2025 berjalan lancar malam ini, yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) malam esok. Foto UKAS

KUCHING: Raptai penuh bagi Majlis Makan Malam sambutan Gawai Dayak peringkat Sarawak 2025 berjalan lancar malam ini, yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) malam esok.

Tetamu kehormat yang bakal menghadiri majlis makan tersebut ialah Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg juga akan hadir menyerikan majlis berkenaan.

RAPTAI penuh bagi Majlis Makan Malam sambutan Gawai Dayak peringkat Sarawak 2025 berjalan lancar malam ini, yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) malam esok. Foto UKAS

Raptai tersebut turut dihadiri oleh Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengelola sambutan Gawai Dayak peringkat Sarawak 2025, Datuk Gerawat Gala.

Turut hadir, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerja Majlis Makan Malam sambutan Gawai Dayak peringkat Sarawak 2025, Datuk Liwan Lagang, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ba’kelalan Baru Bian dan ADUN Batu Danau, Dato Paulus Palu Gumbang.

Pelbagai persiapan serta persembahan kebudayaan dan persembahan khas telah diadakan.

Pada malam tersebut juga akan menyaksikan Anugerah Anugerah Ikon Dayak (Orang Ulu) 2025 bakal disampaikan oleh tetamu kehormat.

Tema bagi sambutan Gawai Dayak peringkat Sarawak 2025 ialah ‘Peji Kenep Panau Pegep’, ‘Segulai Sejalai’.

-UKAS

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Pelaburan RM9.4 bilion oleh Google pacu ekonomi berkaitan AI, pengkomputeran awan di Malaysia
Next: 572 rekod kes dera kanak-kanak di Sarawak, masyarakat diminta lebih peka

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.