Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • TPM Zahid Hamidi tiba untuk lawatan dua hari 
  • SEMASA

TPM Zahid Hamidi tiba untuk lawatan dua hari 

Utusan Sarawak 1 day ago
Ketibaan Ahmad Zahid di Pangkalan Udara Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) Kuching petang tadi. Foto UKAS

KUCHING: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tiba di Pangkalan Udara Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) Kuching petang ini untuk lawatan rasmi dua hari.

Timbalan Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang dan Ketua Setiausaha Politik Kepada Premier Sarawak, Dato Fazzrudin Abdul Rahman turut hadir menyambut kedatangan beliau di pangkalan udara tersebut.

Ahmad Zahid dijangka menghadiri majlis pecah tanah pembinaam jalan dari Kampung Kupang ke Simpang Jalan Bajau di Simpang Rumah Rengan Selambong, Saratok pagi esok.

Beliau akan diiringi oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pada sebelah malam, beliau turut menghadiri sambutan Hari Gawai Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

Majlis ini akan turut dihadiri Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar; Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. 

Continue Reading

Previous: Premier Sarawak pimpin perarakan Gawai Dayak 2025, 91 kontinjen warnai tebingan Kuching
Next: Masyarakat digesa main peranan aktif tangani penyalahgunaan dadah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.