Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Empat lelaki ditahan, kes samun berkumpulan di Miri
  • JENAYAH

Empat lelaki ditahan, kes samun berkumpulan di Miri

Utusan Sarawak 1 day ago
DITANGKAP….Empat suspek yang terlibat kes samun berkumpulan menggunakan senjata di Miri ditahan polis. Foto IPD Miri

MIRI: Satu kes samun berkumpulan menggunakan senjata berjaya diselesaikan dalam tempoh 24 jam dengan tertangkapnya empat lelaki serta merampas beberapa barang kes dalam kejadian samun yang berlaku 19 Jun lepas.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Farhan Lee Abdullah dalam satu kenyataan petang tadi berkata, kesemua suspek terdiri daripada seorang lelaki warga tempatan dan tiga lelaki warga asing  berumur antara 38 tahun hingga 57 tahun.

“Kenderaan, pisau pemotong, alat pemotong,  topeng muka dan pakaian milik suspek telah dirampas semasa serbuan.

“Barang lain yang turut dijumpai ialah jam tangan, barang kemas, dokumen diri, beg duit berisi sejumlah wang tunai dipercayai milik mangsa.

“Sindiket ini disyaki terlibat dalam beberapa kes samun berkumpulan menggunakan senjata di Daerah Miri dari tahun 2024 hingga 2025,” katanya.

DIRAMPAS…Antara barang yang dirampas daripada suspek. Foto IPD Miri

Farhan berkata, terdahulu pihaknya menerima satu laporan kes samun berkumpulan menggunakan senjata daripada panggilan 999 berlaku di sebuah rumah Semi-Detach dua tingkat di Taman Viana, Jalan Bakam di sini, sekitar 4.00 pagi 19 Jun lepas.

“Sebaik menerima panggilan itu, pihak polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri terus ke tempat kejadian bagi menyelamatkan mangsa sekeluarga.

“Setiba Polis di tempat kejadian kumpulan samun tersebut telah melarikan diri. Bertindak atas maklumat daripada orang awam, pihak polis berjaya mengesan kedudukan kumpulan samun tersebut dan menahan empat suspek terbabit iaitu dalam tempoh 24 jam kes berlaku,” katanya.

Menurutnya,  kesemua suspek telah diluluskan reman selama tujuh hari bermula  semalam hingga 27 Jun ini.

Sementara itu, Farhan berkata pihaknya  berterima kasih kepada maklumat orang awam.

“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan jenayah berlaku di Daerah Miri,  sila tampil ke balai polis yang berdekatan atau menghubungi di talian 085-432222 dan Pegawai Penyiasat kes ini Inspektor Rusmin Binning di talian 016-7770957 untuk menyalurkan maklumat berkaitan.

“Pihak polis amat menghargai keprihatinan masyarakat terhadap keselamatan dan persekitaran di Daerah Miri,” ujarnya.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: 23 Warga asing ditahan dalam lima operasi di Miri
Next: Polis buru tahanan reman kes rogol larikan diri dari Balai Polis Sentral

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.