Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • PKM platform peluang kedua pelatih bina kehidupan lebih positif – Nancy
  • SEMASA

PKM platform peluang kedua pelatih bina kehidupan lebih positif – Nancy

Utusan Sarawak 3 weeks ago
SIMBOLIK…Dato Sri Nancy Shukri (kanan) menyiram pokok sebagai simbolik perasmian program ilmu dan bakti Perintah Khidmat Masyarakat Tahun 2025 di Surau Nurul Hilal, Kampung Pulo Hilir, Kuching. Turut serta, Ketua Kampung dan wakil Jawatankuasa Surau. Foto: Shikin Mahmud

PETRA JAYA: Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) bukan sekadar alternatif kepada hukuman sebaliknya satu bentuk pemulihan untuk memberi peluang kedua kepada pelatih membina kehidupan yang lebih baik dan beretika.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Nancy Shukri berkata PKM membentuk semula jati diri pelatih agar dapat kembali ke pangkuan masyarakat dengan keyakinan dan nilai yang positif.

“Setiap orang pernah buat silap tetapi tidak semua diberi peluang kedua. Melalui PKM, pelatih bukan hanya belajar untuk memperbaiki diri malah dapat memberi semula kepada masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program ilmu dan bakti PKM tahun 2025 di Surau Nurul Hilal, Kampung Pulo Hilir hari ini.

Menurutnya, program berkenaan adalah sebahagian daripada pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) PKM bagi pesalah muda yang mula berkuat kuasa sejak 15 Januari 2024.

“Program ini telah dirangka sebagai pendekatan utama pada tahun ini untuk memastikan penyampaian perkhidmatan yang lebih sistematik dan berimpak tinggi,” jelasnya.

PENYAMPAIAN….Dato Sri Nancy Shukri menyampaikan sijil penyertaan kepada peserta Program Ilmu dan Bakti PKM 2025 sambil disaksikan wakil JKM Sarawak dan komuniti setempat. Foto: Shikin Mahmud

Setakat ini, katanya lebih 10,000 kes PKM telah dilaksanakan di seluruh negara sejak 2008, melibatkan 8,125 pesalah muda dan 2,163 pesalah kanak-kanak manakala, di Sarawak sahaja terdapat 30 kes aktif sehingga Mei 2025.

Tambah beliau, pelaksanaan program ini bukan sahaja tertumpu kepada pelatih malah menjadi pencetus transformasi kepada sistem penyampaian perkhidmatan sosial secara keseluruhan.

Nancy turut merakamkan penghargaan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak serta semua pihak terlibat yang menjayakan program tersebut.

Jelasnya, tiga objektif utama program berkenaan adalah untuk membangkitkan keinsafan dan nilai kerohanian, membina keperibadian yang berdisiplin serta membantu pelatih kembali ke dalam masyarakat dengan lebih yakin dan bertanggungjawab.

Oleh Shikin Mahmud

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Amaran rebut petir di tujuh negeri, WP Labuan hingga 5.00 petang ini
Next: 10,522 kes dikenakan hukuman di bawah PKM sejak 2008

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.