Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Kontinjen SMK Saratok juara keseluruhan
  • SUKAN

Kontinjen SMK Saratok juara keseluruhan

Utusan Sarawak 14 hours ago
DATO Dr Richard Rapu merakamkan gambar bersama Kontinjen SMK Saratok yang muncul juara keseluruhan pada Kejohanan Olahraga MSS Bahagian Betong Edisi ke-21 di Kompleks Sukan Betong yang telah berakhir semalam. Foto Facebook Dato Dr Richard Rapu

BETONG: Seramai 1,200 atlet, jurulatih dan petugas dari seluruh sekolah rendah dan menengah di Bahagian Betong telah mempamerkan semangat kesukanan luar biasa dalam Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah (MSS) Bahagian Betong edisi ke-21 di Kompleks Sukan Betong yang telah berakhir semalam.

Ahli Parlimen Betong, Dato Dr Richard Rapu berkata kejohanan ini bukan sekadar medan persaingan tetapi juga platform membentuk sahsiah, disiplin, kepimpinan dan semangat kerjasama dalam kalangan anak-anak kita sekali gus menjadi jambatan perpaduan yang menyatukan kita semua.

“Tahniah kepada semua yang bertanding, kemenangan bukan hanya pada pingat tetapi pada keberanian mencuba dan semangat juang yang ditunjukkan,” katanya semasa berucap merasmikan Kejohanan Olahraga MSS Bahagian Betong edisi ke-21 di Kompleks Sukan Betong semalam.

DATO Dr Richard Rapu menyerahkan paiala kemenangan kepada Kontinjen SMK Saratok yang muncul juara keseluruhan pada Kejohanan Olahraga MSS Bahagian Betong Edisi ke-21 di Kompleks Sukan Betong yang telah berakhir semalam. Foto Facebook Dato Dr Richard Rapu

Dr Richard turut merakamkan penghargaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat iaitu guru, petugas, sukarelawan, ibu bapa dan pihak penganjur dalam bersama-sama menjayakan kejohanan yang berlangsung selama enam hari itu.

“Tanpa anda, kejohanan ini tidak mungkin berjaya. Mari kita terus menyokong sukan sebagai medium pembangunan generasi muda yang sihat, aktif dan berdaya saing. Jumpa lagi di edisi akan datang,” ujarnya.

Sementara itu, Kontinjen Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saratok muncul juara keseluruhan dengan 29 emas, 30 perak dan 23 gangsa diikuti SMK Saint Augustine Betong ditempat kedua (20 emas, 21 perak, 18 gangsa) dan SMK Datuk Patinggi Kedit Betong ditempat ketiga (16 emas, 19 perak dan satu gangsa).

Dalam kategori zon, zon Saratok dinobatkan juara dengan 120 mata, mengatasi zon Betong (115 mata) dan zon Kabong (75 mata).

Oleh Adi Safarman

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: SJK Methodist (M) Sibu juara bola jaring MSSR Bawah 12 Bahagian Sibu
Next: Kejohanan Sepak Takraw Piala Sarawak 2025, serlah potensi atlet muda

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.