Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • KPDN Limbang perluas program kepenggunaan di kawasan luar bandar
  • Utara
  • WILAYAH

KPDN Limbang perluas program kepenggunaan di kawasan luar bandar

Utusan Sarawak 1 day ago
KERJASAMA MASYARAKAT… KPDN Limbang dan para peserta merakam gambar kenangan bersama. 

LIMBANG: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Limbang meluaskan program kepenggunaan di kawasan luar bandar termasuk di Batu Danau.

Wakil Ketua KPDN Cawangan Limbang, Penolong Pegawai Penguat Kuasa Khadaffi Biansing berkata, lima program kepenggunaan yang telah dilaksanakan di bahagian ini tahun lalu akan diteruskan pada tahun ini.

“Kita akan melaksana program kepenggunaan di kawasan luar bandar, termasuk di Batu Danau untuk memperluas kesedaran masyarakat mengenai hak kepenggunaan.

“Kita juga meminta masyarakat menjadi pengguna yang bijak dan tahu hak-hak yang diberikan kepada pengguna untuk melindungi mereka dalam transaksi barangan dan perkhidmatan dan memiliki logo keselamatan,” katanya pada Program Kepenggunaan Bersama Komuniti dan Rakan Pengguna Bahagian Limbang di Dewan Bunga Raya hari ini.

Beliau menambah tahap kesedaran masyarakat berkaitan kepentingan hak sebagai pengguna meningkat, berdasarkan maklum balas daripada program hak kepenggunaan yang di adakan di bahagian ini.

“Pelbagai program kepenggunaan diadakan di bahagian Limbang dalam memberi kesedaran tentang hak penggunaan pengguna termasuk membuat aduan kepada kita.

“Berdasarkan program kepenggunaan yang kita adakan, ramai peserta memberi respon positif dan mengemukakan pertanyaan mengenai isu dan hak kepenggunaa.

“Ini menunjukkan kesedaran pengguna semakin meningkat,” katanya lagi.

Pada program itu KPDN Cawangan Limbang bekerjasama dengan Kelab Senamrobik Cergas Kampung Bunga Raay, Kelab Senamrobik Generasi Cergas, Kelab Gimnasium Limbang dan Kelab Aerobik Padang bagi menjayakan program itu.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pelantikan KMKK amanah besar tuntut komitmen, integriti tinggi
Next: Gangguan air di Sibu akibat paip bocor, penggunaan luar biasa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.