Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Niaga hadapan FBM KLCI dijangka diniagakan berhati-hati minggu depan
  • BISNES

Niaga hadapan FBM KLCI dijangka diniagakan berhati-hati minggu depan

Utusan Sarawak 1 day ago

KUALA LUMPUR:  Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan secara berhati-hati minggu depan, sejajar dengan prestasi bursa tempatan dan Wall Street, kata penganalisis.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng menjangka tumpuan pasaran pada minggu depan akan tertumpu kepada beberapa data ekonomi utama Amerika Syarikat (AS), termasuk Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan tuntutan pengangguran.

“FBM KLCI kini diniagakan sebanyak 12 kali nisbah harga kepada pendapatan bagi 2025, di bawah purata jangka panjangnya sebanyak lebih 16 kali, menunjukkan potensi kepada kenaikan seterusnya,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan berkata indeks petunjuk pasaran berada hampir 1,500 mata dan melepasi paras ini boleh mewujudkan belian oleh pelabur institusi, terutamanya apabila indeks menghampiri paras sokongan terdekat pada 1,490 mata.

“Walaupun panduan daripada Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) AS telah menyebabkan sentimen berhati-hati, pasaran dijangka mendapat sokongan pada paras yang lebih rendah apabila penilaian menjadi lebih menarik.

“Ketidaktentuan yang didorong oleh faktor geopolitik selalunya bersifat sementara dan kami menjangka sentimen risiko akan berkurangan apabila kebimbangan ini mereda,” katanya.

Pada asas Jumaat kepada Jumaat, kontrak Jun 2025 merosot 16 mata kepada 1,496.0, Julai 2025 berkurangan 16.5 mata kepada 1,494.0, September 2025 susut 17 mata kepada 1,475.0 dan Disember 2025 jatuh 17.5 mata kepada 1,480.0.

Jumlah dagangan mingguan meningkat kepada 30,975 lot daripada 22,132 lot pada minggu sebelumnya manakala kepentingan terbuka naik kepada 44,764 kontrak daripada 40,297 kontrak sebelum ini.

Pada asas Jumaat kepada Jumaat, indeks barometer merosot 15.37 mata kepada 1,502.74 daripada 1,518.11 pada minggu sebelumnya.– Bernama

Continue Reading

Previous: Harga getah dijangka dalam aliran rendah minggu depan
Next: Malaysia teruskan pengenaan duti anti-lambakan ke atas CRC dari China, Jepun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.