Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Generasi muda harapan negara, pewaris budaya
  • Tengah
  • WILAYAH

Generasi muda harapan negara, pewaris budaya

Utusan Sarawak 1 day ago

NGILING BIDAI... Upacara Ngiling Bidai oleh Datoʼ Sri Huang Tiong Sii bersama Tuai Rumah Kinchu dan pemimpin setempat di Rumah Kinchu.

BINTANGOR: Generasi muda adalah harapan dan pewaris masa depan, kata Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datoʼ Sri Huang Tiong Sii. 

Katanya yang juga Ahli Parlimen Sarikei dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, mereka bukan sahaja perlu berbangga dengan identiti dan asal-usul sendiri, malah harus memainkan peranan penting dalam meneruskan dan memartabatkan budaya nenek moyang. 

SELAMAT DATANG… Datoʼ Sri Huang Tiong Sii menyantuni penduduk rumah panjang setibanya di Rumah Kinchu Ajan. 

“Ngiling Bidai bukan sekadar menandakan berakhirnya musim Gawai, tetapi ia juga mencerminkan rasa syukur, kekuatan perpaduan, serta penghargaan terhadap warisan budaya yang telah sekian lama diwarisi. 

“Oleh itu, generasi muda adalah harapan dan pewaris masa depan. Mereka memainkan peranan penting memainkan peranan penting dalam meneruskan dan memartabatkan budaya nenek moyang kita. 

“Sama ada melalui seni persembahan atau penglibatan dalam aktiviti komuniti, sumbangan mereka sangat penting,” katanya ketika berucap pada majlis Pengerami Ngiling Bidai, bertempat di Rumah Kinchu Ajan, Batu 8, Jalan KJD, Sungai Mador, baru-baru ini. 

UCAPAN….Datoʼ Sri Huang Tiong Sii berucap pada majlis Pengerami Ngiling Bidai, baru-baru ini. 

Majlis tersebut adalah anjuran Persatuan Tuai-Tuai Rumah Daerah Meradong. 

Tiong Sii berkata, dalam dunia yang semakin moden, rumah panjang terus menjadi tunjang kestabilan masyarakat luar bandar. 

“Ia bukan sekadar tempat tinggal, tetapi satu rumah yang memupuk nilai gotong-royong, saling menghormati dan kerjasama yang merupakan asas kepada keharmonian dan perpaduan yang kita banggakan.

“Saya juga ingin menggesa kepada golongan muda agar terus mengejar ilmu dan peluang dalam pendidikan, latihan kemahiran serta bidang keusahawanan. 

“Masa depan Sarawak dan negara ini bergantung kepada generasi muda yang berani, berwawasan dan berpegang teguh kepada budaya sendiri,” katanya. 

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Kerja pembinaan parkir kereta Rumah Thomas Paulus bakal bermula
Next: Pelantikan KMKK amanah besar tuntut komitmen, integriti tinggi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.