Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sarawak laksana VLR kenal pasti jurang, tingkat penambahbaikan
  • SEMASA

Sarawak laksana VLR kenal pasti jurang, tingkat penambahbaikan

Utusan Sarawak 20 hours ago
TIMBALAN Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Majlis Perbandaran Padawan (MPP) dan Urbanice Malaysia bagi penyediaan laporan VLR di sebuah hotel terkemuka, hari ini. Foto UKAS

KUCHING: Pelaksanaan Laporan Tempatan Secara Sukarela (VLR) yang berpaksikan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) di Sarawak bukan sekadar untuk menunjukkan kedudukan semasa wilayah ini berbanding tempat lain, tetapi yang lebih penting adalah mengenal pasti jurang dan merancang penambahbaikan secara telus dan berfasa.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata pendekatan ini mencerminkan keikhlasan kerajaan Sarawak untuk menilai secara objektif kekuatan dan kelemahan yang wujud serta berusaha memperbaikinya demi kesejahteraan rakyat.

“Melalui VLR, kita dapat mengenal pasti apa lagi yang perlu kita lakukan, apakah jurang yang perlu kita atasi dan semua perkara ini sebenarnya menunjukkan keikhlasan kita, bahawa kita ingin tahu dan seterusnya kita mahu melakukan penambahbaikan berdasarkan data berkenaan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Majlis Perbandaran Padawan (MPP), Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS), Majlis Daerah Sarikei (MDS) dan Urbanice Malaysia bagi penyediaan laporan VLR di sebuah hotel terkemuka, hari ini.

TIMBALAN Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Majlis Perbandaran Padawan (MPP), Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS), Majlis Daerah Sarikei (MDS) dan Urbanice Malaysia bagi penyediaan laporan VLR di sebuah hotel terkemuka, hari ini. Foto UKAS

Beliau yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan menambah, pelan hala tuju pembangunan mampan yang dirancang akan dilaksanakan secara khusus mengikut keperluan di peringkat bandar raya, majlis tempatan dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Mengulas lanjut, beliau menjelaskan pelaksanaan SDG di peringkat PBT ini membolehkan mereka mengetahui standard antarabangsa dan seterusnya memperbaiki kekurangan yang sedia ada.

Beliau juga memuji komitmen Urbanice Malaysia dan beberapa majlis tempatan yang menjadi peneraju dalam penyediaan VLR yang membantu menganalisis cabaran sebenar di peringkat akar umbi.

Menurutnya, VLR secara langsung membolehkan pihak kerajaan merangka penyelesaian yang lebih bersasar dan bersesuaian dengan cabaran tempatan.

“Laporan ini akan menjadi sebahagian daripada indeks dan melalui laporan ini juga, keperluan bandar turut dinilai.

“Kita turut melihat parameter lain seperti kekerapan gangguan bekalan elektrik dan sebagainya supaya kita boleh membuat perbandingan.

“Jika kita kata kita sudah menjadi lebih baik, sejauh mana kita sebenarnya lebih baik atau mengapa kita masih mengalami gangguan bekalan elektrik, semua ini sebenarnya sangat penting untuk pembangunan Sarawak,” jelasnya lagi.

-UKAS

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: 78 penerima dapat gelaran Datuk dari Sabah esok
Next: Fadillah tiba di Uzbekistan untuk lawatan kerja rasmi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.