Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Harvey Norman buka cawangan ketiga di Sarawak, The Spring Bintulu  
  • SEMASA

Harvey Norman buka cawangan ketiga di Sarawak, The Spring Bintulu  

Utusan Sarawak 17 hours ago
JONATHAN Toh (tiga kanan) dan Steven Kong (tiga kiri) bersama tetamu jemputan lain memotong riben sebagai simbolik perasmian pembukaan Harvey Norman di The Spring Bintulu, hari ini. Foto: Carolyne Utih

BINTULU: Pelanggan di Bintulu kini berpeluang menikmati pengalaman membeli-belah berpusatkan pengguna apabila Harvey Norman secara rasmi membuka cawangannya yang ke-38 di The Spring Shopping Mall, hari ini.

Cawangan terbaharu itu merupakan yang ketiga di Sarawak selepas Kuching dan Miri, sekali gus memperluas capaian peruncitan jenama global itu ke pasaran Malaysia Timur.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Ketua Pegawai Operasi Harvey Norman Malaysia, Jonathan Toh bersama Pegawai Tugas-Tugas Khas II kepada Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya merangkap Ahli Parlimen Bintulu, Steven Kong Kai Seng.

Menurut Jonathan, pembukaan tersebut mencerminkan komitmen Harvey Norman dalam menawarkan akses lebih luas kepada produk teknologi dan peralatan rumah berkualiti tinggi, khususnya kepada komuniti luar bandar dan bandar pesat membangun seperti Bintulu.

“Kami memahami keperluan pengguna hari ini yang menuntut pengalaman membeli-belah yang mudah, telus dan bebas tekanan. 

“Oleh itu, kami hadir bukan sekadar menjual produk, tetapi menawarkan penyelesaian lengkap dan perkhidmatan profesional,” katanya.

Tambah beliau, inisiatif seperti ‘Shop with Confidence’ yang merangkumi jaminan harga, penghantaran hari sama, dan polisi pertukaran 14 hari bertujuan memberi nilai tambah sebenar kepada pelanggan.

Turut ditawarkan adalah pelan bayaran ansuran sehingga 60 bulan tanpa faedah serta rebat tunai RM38 bagi permohonan pembiayaan AEON Credit Service yang diluluskan dari 20 Jun hingga 31 Ogos ini.

Antara acara menarik sempena pembukaan adalah ‘3-Minute Shopping Quest Challenge’ yang menyaksikan peserta berpeluang merebut baucar tunai Harvey Norman sehingga RM1,000 kepada pemenang dengan pembelian maya bernilai RM5,000 dalam masa tiga minit.

Pelanggan yang berbelanja minimum RM300 dalam satu resit di Harvey Norman The Spring Bintulu turut layak menyertai Cabutan Bertuah RM1 dan berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik bernilai keseluruhan melebihi RM13,000.

Sementara itu, pelanggan juga boleh menikmati promosi diskaun sehingga 70 peratus untuk pelbagai barangan termasuk televisyen pintar, bar bunyi, peralatan dapur terbina dalam, komputer riba, telefon pintar dan peranti penjagaan diri.

Harvey Norman turut menekankan peranannya sebagai rakan pembangunan ekonomi tempatan melalui penciptaan peluang pekerjaan dan perkongsian strategik dengan pelbagai pihak dalam sektor peruncitan.

Oleh Carolyne Utih

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Forum Meishan-Kuching perkukuh kerjasama digital serantau
Next: 78 penerima dapat gelaran Datuk dari Sabah esok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.