Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Salah ketuai senarai pendek Anugerah Pemain Lelaki Terbaik PFA
  • SUKAN

Salah ketuai senarai pendek Anugerah Pemain Lelaki Terbaik PFA

Utusan Sarawak 11 hours ago

Salah meraikan kejayaan Liverpool menjulang trofi Liga Perdana Inggeris. Foto Fail AFP

LONDON: Penyerang Liverpool Mohamed Salah mengetuai senarai pendek enam pemain bagi Anugerah Pemain Lelaki Terbaik Tahunan Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional (PFA), lapor PA Media/dpa.

Bintang Mesir itu berperanan penting dalam kejayaan Liverpool memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim lepas, dengan menjaringkan 29 gol dan membantu 18 jaringan gol.

Awal tahun ini, beliau dipilih sebagai Pemain Bola Sepak Terbaik Tahun Ini oleh Persatuan Penulis Bola Sepak dan kini menjadi calon utama untuk memenangi undian daripada rakan sepasukan profesionalnya.

Turut tersenarai ialah rakan sepasukannya Alexis Mac Allister, Declan Rice daripada Arsenal, Cole Palmer (Chelsea), penyerang Newcastle Alexander Isak dan pemain tengah Manchester United, Bruno Fernandes.

Mac Allister adalah tonggak penting di bahagian tengah Liverpool, membuat 35 penampilan dan menyumbang 5 gol serta membantu 5 jaringan gol.

Palmer yang memenangi Anugerah Pemain Muda Terbaik PFA 2023-24, tidak begitu menyerlah musim lepas tetapi masih menjaringkan 15 gol dan membantu Chelsea memenangi Liga “Conference” UEFA (UECL).

Rice cemerlang di bahagian tengah Arsenal, menjaringkan sembilan gol (rekod peribadi) dan membantu  10 jaringan gol dalam 52 perlawanan di semua kejohanan.

Isak menjadi pemain utama dalam kejayaan Newcastle layak ke Liga Juara-Juara dan memenangi Piala Liga, dengan 23 gol untuk kelab itu.

Fernandes pula menjadi antara pemain menyerlah dalam musim yang mengecewakan buat Manchester United, dengan lapan gol liga dan membantu 10 jaringan gol.

Majlis penyampaian anugerah PFA tahun ini akan berlangsung di Manchester pada 19 Ogos. – BERNAMA-PA Media/dpa

Continue Reading

Previous: Kejohanan Olahraga MSSB platform asah bakat, sahsiah pelajar
Next: Liverpool sambar Kerkez dengan nilai perpindahan RM229 juta – laporan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.