Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • PUSAKA dan WCS anjur Dialog Projek Karbon Biru
  • Tengah
  • WILAYAH

PUSAKA dan WCS anjur Dialog Projek Karbon Biru

Utusan Sarawak 8 hours ago
BERSAMA KOMUNITI… Pengurus Perancangan Projek & Pembangunan PUSAKA, Ts. Mohd. Irhasman Inggal (empat kiri) bersama wakil agensi kerajaan menghadiri Program Dialog Projek Karbon Biru anjuran PUSAKA dan Worldview Climate Solutions (WCS) bersama komuniti di Rumah Preddy, Meradong, pada 18 Jun lalu.

SARIKEI: Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) dengan kerjasama Worldview Climate Solutions (Malaysia) Sdn. Bhd. (WCS) terus memperkukuh komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar menerusi pelaksanaan Program Dialog Projek Karbon Biru bersama Komuniti di Rumah Preddy dan Kampung Sebena, Meradong pada 18 dan 19 Jun lalu.

Program tersebut merupakan inisiatif memperkenalkan serta menggalakkan penyertaan komuniti tempatan dalam usaha memelihara dan memulihkan ekosistem bakau di kawasan seluas 10,300 hektar.

Pengurus Perancangan Projek & Pembangunan PUSAKA, Ts. Mohd. Irhasman Inggal mengetuai sesi dialog bersama penyertaan wakil agensi kerajaan termasuk Pejabat Daerah Meradong, Jabatan Tanah dan Survei Mukah, Jabatan Hutan Sarawak, dan Sarawak Forestry Corporation (SFC), serta pemaju projek, WCS.

Dalam pada itu, sesi dialog di Rumah Preddy turut dihadiri oleh penduduk dan ketua-ketua kaum sekitar Mupong iaitu Tr Preddy Tungu, Tr Inpa Kiroh, Tr Selam Geruma, Tr Jerni Jam, Tr Gundi Jan, Tr Siah Amut dan Tr Soloma Tambi.

Sementara itu, sesi di Kampung Sebena disertai Ketua Kaum Affendi Tani, Penghulu Keria Rabie, Tr Willie Johntan, Tr Lapoh Mengga, Tr Jantai Elom dan Tr Angkah Suring.

LIBAT URUS… Penduduk Kampung Sebena hadir dalam sesi Program Dialog Karbon Biru anjuran PUSAKA dan WCS yang bertujuan menggalakkan penglibatan komuniti dalam pemuliharaan alam sekitar.

Taklimat telah disampaikan oleh Pegawai PUSAKA, Nizam Abdullah dan wakil WCS, Bridgette Phillip, yang menjelaskan objektif utama projek tersebut sebagai usaha bersepadu dalam menangani perubahan iklim dan meningkatkan daya tahan komuniti pesisir di Sarawak melalui pemeliharaan kawasan hutan bakau dan tanah lembap.

Menurut Nizam, Projek Karbon Biru bukan sahaja menyumbang kepada penyerapan karbon dioksida dan pemeliharaan biodiversiti, malah membantu melindungi kawasan pantai daripada hakisan serta meningkatkan kualiti ekosistem setempat.

“Selain manfaat alam sekitar, projek ini membuka peluang baharu kepada komuniti seperti pekerjaan, pembangunan kapasiti, eko-pelancongan dan infrastruktur,” katanya.

Sesi dialog turut memberi ruang kepada komuniti mengemukakan soalan dan pandangan bagi memperkukuh pelaksanaan projek secara inklusif.

Sementara itu, Pengurus Projek Karbon WCS, Encik Felix Untam menyeru sokongan berterusan daripada komuniti bagi memastikan kejayaan pelaksanaan projek karbon biru yang diketuai oleh agensi kerajaan tersebut.

“Penglibatan aktif masyarakat setempat adalah tunjang kejayaan jangka panjang projek ini,” ujarnya.

Di akhir program, PUSAKA, WCS dan wakil agensi kerajaan turut merakamkan penghargaan kepada komuniti sekitar Mupong dan Sebena yang telah memainkan peranan penting dalam menjayakan Projek Karbon Biru.

Inisiatif ini turut selari dengan aspirasi kerajaan negeri dalam menjayakan agenda pembangunan mampan serta ekonomi hijau demi kelestarian generasi kini dan akan datang.

Oleh Shikin Mahmud

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Peruntukan RM700,000 naik taraf sistem paip graviti di Kampung Biawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.