Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pembinaan 6 menara bulan depan, berinspirasikan seni bina Hagia Sophia di Istanbul
  • TEMPATAN

Pembinaan 6 menara bulan depan, berinspirasikan seni bina Hagia Sophia di Istanbul

Utusan Sarawak 9 hours ago
MASJID Jamek Negeri Sarawak.

PETRA JAYA: Pembinaan enam menara baharu di pekarangan Masjid Jamek Negeri Sarawak dijangka bermula Julai ini sebagai sebahagian daripada usaha memperindah semula kawasan masjid tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS), Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai berkata, projek itu kini berada di peringkat akhir proses tender dengan penyertaan sebanyak 26 syarikat.

TEMUBUAL… Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai ketika ditemui media selepas majlis perasmian Pengibaran Bendera Festival Maal Hijrah 1447H/2025M di Masjid Jamek Negeri Sarawak, hari ini.

“Tempoh penyertaan tender telah pun ditutup dan kita sedang menjalankan proses penilaian menyeluruh terhadap semua syarikat yang terlibat. Insya-Allah, pembinaan akan dimulakan pada bulan hadapan,” katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian Pengibaran Bendera Festival Maal Hijrah 1447H/2025M di Anjung Utama Masjid Jamek Negeri Sarawak, di sini hari ini.

Menurutnya, reka bentuk asal enam menara itu dikekalkan seperti yang diumumkan sebelum ini oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, iaitu berinspirasikan seni bina Masjid Hagia Sophia di Istanbul, Turkiye dan Masjid Nabawi di Madinah.

“Empat menara utama dan dua menara bersaiz sederhana akan dibina tanpa sebarang perubahan reka bentuk,” ujarnya.

Sebelum ini, menara tunggal setinggi 99 meter yang menjadi mercu tanda di kawasan tersebut telah dirobohkan. Proses meroboh struktur lama itu dijangka mengambil masa enam hingga tujuh bulan untuk disiapkan sepenuhnya.

Pembinaan menara baharu ini bakal menjadi simbol kebanggaan seni bina Islam moden di Sarawak, serta menambah seri dan keunggulan Masjid Jamek Negeri Sarawak sebagai pusat ibadah dan aktiviti masyarakat.

Oleh Shikin Mahmud

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Sebastian Ting gives UNIFOR cheque RM500,000 for Sikh Temple 
Next: Wilfred Yap highlights upgrades at Sentosa Hospital, pledges further RTP funding

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.