Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Mohd Khalid Ketua Polis Negara baharu
  • SEMASA

Mohd Khalid Ketua Polis Negara baharu

Utusan Sarawak 10 hours ago
MENTERI Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, menyempurnakan pemakaian lencana kepada Ketua Polis Negara (KPN) yang baharu, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, disaksikan bekas KPN, Tan Sri Razarudin Husain, semasa Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Negara di antara Razarudin dan Mohd Khalid di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Kuala Lumpur, hari ini. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR:  Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Mohd Khalid Ismail dilantik sebagai Ketua Polis Negara (KPN) baharu menggantikan Tan Sri Razarudin Husain berkuat kuasa hari ini.

Majlis Serah Terima Tugas jawatan itu berlangsung di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur, disaksikan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan turut dihadiri Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil serta pegawai-pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Mohd Khalid, 60, pernah memegang pelbagai jawatan penting dalam Cawangan Khas PDRM termasuk Ketua Cawangan Khas Pahang bermula 25 Mei 2018, sebelum dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah E2 Cawangan Khas Bukit Aman pada 6 September 2021.

Saifuddin Nasution dalam kenyataan hari ini memaklumkan pelantikan itu mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong selaras dengan Fasal (4) dan (5) Perkara 140 Perlembagaan Persekutuan, atas nasihat Perdana Menteri dan perakuan Suruhanjaya Pasukan Polis.

Beliau berkata pelantikan secara kontrak itu bagi tempoh dua tahun bermula 23 Jun ini hingga 22 Jun 2027.

Beliau berkata Mohd Khalid merupakan seorang pegawai yang sangat berpengalaman dalam bidang risikan dan keselamatan sejak mula berkhidmat dalam pasukan pada 5 April 1987 apabila ditempatkan di Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, selepas tamat Latihan Kepolisan Am pada tahun yang sama.

“Mohd Khalid juga mempunyai pengalaman berkhidmat di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, kontinjen dan luar negara serta pernah menjawat jawatan key-post sebagai Timbalan Pengarah Cawangan Khas I, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dan Security Liaison Officer (SLO) London, United Kingdom.

“Beliau telah dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Cawangan Khas  pada 10 April 2023 sebelum bersara wajib pada 8 April lepas, dan perkhidmatannya sebagai Pengarah Cawangan Khas diteruskan selepas bersara, dilantik secara kontrak mulai 8 April lepas sehingga kini,” katanya.

Saifuddin Nasution berkata berdasarkan pengalaman luas dalam bidang kepolisan itu, Mohd Khalid mempunyai kompetensi dan daya kepimpinan yang tinggi untuk meneruskan kesinambungan dan tanggungjawab menerajui pasukan.

Mohd Khalid, 60, yang dilahirkan di Manong, Perak pada 8 April 1965 itu berkelulusan Ijazah Sarjana Comparative Laws dan Ijazah Sarjana Muda Undang-undang (Kepujian) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia serta Diploma Pentadbiran Awam dari Universiti Teknologi Mara.

Saifuddin Nasution turut merakamkan penghargaan kepada Tan Sri Razarudin Husain atas segala khidmat bakti dan sumbangan sepanjang memegang jawatan Ketua Polis Negara sejak 23 Jun 2023.

“Kerajaan MADANI mengucapkan syabas dan tahniah kepada Mohd Khalid atas pelantikan ini,” katanya.– Bernama

Continue Reading

Previous: Pusat sehenti kraf perkasa industri kraf tempatan
Next: Pengecualian cukai jualan bagi buah-buahan tempatan kukuhkan ekonomi negara – Pakar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.