Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • RM193,006 geran bagi LAKMNS, perkasa pembangunan Galeri Warisan Melanau
  • TEMPATAN

RM193,006 geran bagi LAKMNS, perkasa pembangunan Galeri Warisan Melanau

Utusan Sarawak 11 hours ago
ADUN Dalat, Dato Sri Fatimah Abdullah bagi LAKMNS menerima geran berjumlah RM193,006 daripada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam satu majlis ringkas yang berlangsung di Wisma Bapa Malaysia, hari ini. Foto UKAS

PETRA JAYA: Lembaga Amanah Kebajikan Melanau Sarawak (LAKMNS) menerima geran berjumlah RM193,006 daripada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam satu majlis ringkas yang berlangsung di Wisma Bapa Malaysia, hari ini.

Majlis penyerahan tersebut turut disaksikan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata geran berkenaan adalah untuk menyokong pembangunan dan pengoperasian Galeri Warisan Melanau yang terletak di Oya, Mukah.

Menurutnya, ia merupakan salah satu inisiatif kerajaan Sarawak dalam usaha berterusan memelihara, memulihara dan mempromosikan warisan budaya masyarakat Melanau.

“Galeri Warisan Melanau merupakan sebuah projek rakyat yang telah siap dibina hasil peruntukan daripada Premier Sarawak dan kini telah dibuka kepada kunjungan orang ramai.

“Selain menjadi pusat pameran sejarah dan kebudayaan Melanau, galeri ini juga berfungsi sebagai platform pendidikan dan pelancongan yang memberi manfaat kepada komuniti setempat serta pelawat dari luar,” jelasnya kepada media selepas selesai majlis itu.

PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyampaikan beberapa geran lain kepada para penerima dalam satu majlis ringkas yang berlangsung di Wisma Bapa Malaysia, hari ini. Foto UKAS

Beliau turut memaklumkan bahawa dua fasa pembinaan galeri tersebut telah berjaya disiapkan dan kini dalam perancangan untuk memulakan fasa ketiga.

“Fasa ini akan menampilkan sepuluh komponen utama berkaitan adat dan tradisi masyarakat Melanau serta tokoh-tokoh tempatan.

“Kita juga akan memperkenalkan elemen interaktif seperti bengkel tarian, makanan tradisional dan perubatan lama bagi memberi pengalaman lebih mendalam kepada para pengunjung,” katanya lagi.

Terdahulu dalam majlis sama, turut menerima geran daripada Premier Sarawak ialah Presiden Persatuan Lembaga Pengurusan Sekolah Rendah Bantuan Cina Bahagian Kuching, Samarahan dan Serian, Dato Jonathan Chai Voon Tok, mewakili Jawatankuasa Perundingan Sekolah Cina Sarawak; Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah Menengah Cina Swasta Sibu, Temenggong Dato Vincent Lau Lee Ming, mewakili Lembaga Pengurusan Sekolah Cina Persatuan Bersatu Sarawak dan Penasihat Persatuan Veteran Sarawak, Datuk Stephen Mundaw, mewakili Tabung Jasamu Kebajikan Veteran Tentera Anak Sarawak.

-UKAS

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Portal eGUMIS terima anugerah Malaysia Public Sector Initiative of the Year 
Next: Soo Tien Ren urges MPP not to prolonged inaction on local infrastructure issues

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.