Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • Pusat Hemodialisis Klinik Kesihatan Selangau mula beroperasi, permudah akses rawatan penduduk setempat
  • KESIHATAN

Pusat Hemodialisis Klinik Kesihatan Selangau mula beroperasi, permudah akses rawatan penduduk setempat

Utusan Sarawak 9 hours ago
BANGUNAN HDU (Hemodialysis Unit) Selangau. – Foto DUN Tamin

SELANGAU: Penduduk kawasan Selangau kini menikmati kemudahan rawatan yang lebih mudah diakses apabila Pusat Hemodialisis di Klinik Kesihatan Selangau mula beroperasi secara berperingkat sejak Selasa lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin, Christopher Gira Sambang, menyambut baik perkembangan ini dan menyifatkannya sebagai satu kejayaan besar hasil kerjasama berterusan antara pihak beliau dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Selepas beberapa kali saya membangkitkan keperluan pusat hemodialisis ini di peringkat kementerian, saya amat bersyukur kerana impian ini akhirnya menjadi kenyataan.

“Pusat ini akan memberi manfaat besar kepada pesakit buah pinggang, khususnya di kawasan luar bandar seperti Tamin dan sekitarnya,” katanya.

KEMUDAHAN rawatan yang ada di Pusat Hemodialisis Klinik Kesihatan Selangu yang mula beroperasi Selasa lalu. – Foto DUN Tamin

Buat masa ini, pusat tersebut beroperasi dengan satu mesin hemodialisis dan akan ditambah secara berperingkat kepada enam mesin, tertakluk kepada kekosongan dan penempatan kakitangan terlatih.

Gira turut merakamkan penghargaan kepada Timbalan Menteri Kesihatan, Dato Lukanisman Awang Sauni, atas perhatian serius yang diberikan terhadap isu perkhidmatan kesihatan di kawasan luar bandar.

“Dengan wujudnya pusat ini, pesakit tidak lagi perlu melakukan perjalanan jauh ke hospital utama untuk menjalani rawatan, sekali gus mengurangkan kos, masa dan keletihan.

“Ini juga memberi akses yang lebih baik kepada rawatan berkualiti bagi komuniti luar bandar,” jelas beliau.

Tambahnya lagi, pembukaan pusat hemodialisis ini merupakan satu lagi pencapaian penting dalam usaha memperkasakan sistem kesihatan di kawasan luar bandar serta meningkatkan kualiti hidup rakyat.

Oleh Tarani Lanting

Tags: Kesihatan

Continue Reading

Previous: Status terkini COVID-19 di Malaysia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.